CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mikrofon Lupa Tutup Ke? AG Dan Fad Bocey Kena Marah Kaw Kaw

28-7-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21416| Komen: 95

Description: Sebentar tadi, pendengar-pendengar Hot FM meluahkan rasa terkejut apabila dua penyampai radio sementara bagi slot pagi stesen radio itu, AG dan Fad Bocey secara tiba-tiba telah dimarahi oleh seorang l ...
Sebentar tadi, pendengar-pendengar Hot FM meluahkan rasa terkejut apabila dua penyampai radio sementara bagi slot pagi stesen radio itu, AG dan Fad Bocey secara tiba-tiba telah dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai dari pihak pengurusan.


Ketika itu, sebuah lagu sedang dimainkan namun kedengaran suara seorang lelaki menegur kedua-dua penyampai radio tersebut.Bagaimanapun, tidak lama kemudian slot tersebut digantikan oleh seorang penyampai radio lain dan memohon maaf kerana sebelum itu telah berlakunya isu teknikal.

Foto: IG


Menjengah ke hantaran terkini di laman Instagram Hot FM, rata-rata pengikut stesen radio itu mendakwa mikrofon AG mahupun Fad tidak ditutup sekaligus menyebabkan perbualan mereka dapat didengari di corong radio. Manakala, tidak kurang juga ada diantara mereka menyifatkan bahawa ia merupakan gimik semata-mata berikutan Hot FM bakal mengalami transformasi baharu pada 2 Ogos kelak.



Foto: Via murai.my

Namun begitu, terdapat luahan kecewa daripada pendengar kerana insiden tersebut sedikit sebanyak memberi pengaruh dan tanggapan negatif di awal pagi.

Sekadar info, rangkaian radio Media Prima Berhad (MBP), RIPPLE melaksanakan rancangan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi termasuk kandungan dan barisan penyampai untuk semua rangkaian radio MPB. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miminn 28-7-2021 02:04 PM
gimik la tu
Quote kakakpositifker 28-7-2021 02:05 PM
GIMIK LAH TU. NGADE2
Quote kotakominami 28-7-2021 02:11 PM
Kalu bos marah betul besenye panggil masuk ofis..takpon personal wasap
Quote NFBZCantik 28-7-2021 02:11 PM
so, gimik ke?
Quote thomas25 28-7-2021 02:13 PM
ada la tuu apa apa nanti. Sembangg
Quote JalaEmas 28-7-2021 02:15 PM
sape percaya taktaulhh nak kata.. mcm tak besaa dgn gimik murahann
Quote tompie 28-7-2021 02:19 PM
apa isi marah dia?
Quote Chessman 28-7-2021 02:21 PM
Takde siapa tahu ke isi kemarahan dia apa
Quote nuralisa 28-7-2021 02:28 PM
Tp td aku dgr mmg betul2 mcm kena marah ..
AG start dgn word “eh tak boleh ek … pastu dia gelak2 .. pastu kaw2 kena ..
Fad dgn AG diam je .. ni pasal 2hb ..
aku baru nak start dgr balik td .. AG dgn fad dah ngam dah .. tp tiba2 hilang terus dr radar
Quote genUmi 28-7-2021 02:29 PM
gimik murahan
Quote Ahr89 28-7-2021 02:31 PM
Pastu? Timing pon dah sesuatu sangat. Gimik?
Quote OyenLemas 28-7-2021 02:35 PM
gimik kotttttttttt
Quote amysuzy 28-7-2021 02:44 PM
So AG dah tak de kat kool fm ke? Suka jugak dengar pagi2 dia dgn haiza dgn muaz dulu waktu drive nak cari sarapan.
Quote readbaca 28-7-2021 02:45 PM
AG dah pi hot pula ka? sejak bila? nmpk sngt dah lama berkurung kat rumah tak dengar dah radio
Quote Làlisá 28-7-2021 02:47 PM
ada yang rakam tak part tu.. nak dengar jugak laaa..
Quote bictoria 28-7-2021 02:53 PM
macam gimik je
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:10 PM
jimikkkk sampahhhh
Quote ciksaenara 28-7-2021 03:11 PM
apa yang dimarahnya?? but sure ni mesti gimik jurr..
Quote FY08 28-7-2021 03:31 PM
hiburan msia dgn gimik...xdpt dipisahkan

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059666 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top