CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Dipilih Jadi Perdana Menteri Untuk Kali Kedua

28-7-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3465| Komen: 24

BEIRUT, Lebanon – Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor United Press International (UPI) semalam.


Najib  dilantik menjadi Perdana Menteri ketika Lebanon  bergelut untuk mempertahankan jalinan  kerjasama dengan negara-negara jiran yang  bertanggungjawab memantau pilihan raya umum negara itu pada  tahun hadapan.

Najib, 65, yang merupakan  hartawan telekomunikasi,  dicalonkan ke jawatan itu oleh 72 timbalan menteri daripada  118 anggota parlimen semasa rundingan kerajaan camuran  diadakan oleh Presiden Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, utara Beirut.


Foto: AFP

Seramai 40 ahli Parlimen tidak menamakan sesiapa, sementara seorang timbalan menteri menamakan bekas duta besar Lebanon untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB), Nawaf Salam untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Najib  diadakan 11 hari setelah Aoun menolak barisan kabinet terakhir yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang terdiri daripada 24 anggota pakar bukan politik lantas memaksa beliau untuk mengundurkan diri.

Sejak sembilan lalu,  Saad menyalahkan Aoun dan menantunya, Gebran Bassil yang merupakan  Ketua Gerakan Patrotik Bebas Kristian  kerana mahukan sekatan ketiga untuk mengawal pemerintah.

Saad  juga mengisyaratkan bahawa sekutu terdekat mereka, Hizbollah, tidak memberikan tekanan yang cukup untuk membantu membentuk Kabinetnya.

Sementara itu, Najib  memberitahu wartawan bahawa beliau berdepan misi sukar sebaik sahaja memegang jawatan tersebut.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membentuk kabinet dengan misi pertama adalah melaksanakan inisiatif Perancis.

“Anggota kabinet akan merangkumi pakar daripada pelbagai bidang dan akan melakukan reformasi negara yang membolehkan Lebanon menerima semula bantuan luar,” ujar Najib.

Najib  sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada  2011 hingga 2014. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 28-7-2021 01:41 PM
Ingt td najib 1mdb. Apa da tt, tulis la nama pnh kat title.
Quote 3chanceno 28-7-2021 01:41 PM
Suspen je berita nie
Quote nellyberry 28-7-2021 01:42 PM
HAHAHAHAHAHAH

Tahniah Najib.
Quote Matchamana 28-7-2021 01:43 PM
Mati2 ingat laki rosmah tadi
Quote salmon-suki 28-7-2021 01:47 PM
Ehh . similar features,cuma ni xde laa pinky sgt bibir n pipi glowing2..{:smile
Quote Scheherazade 28-7-2021 01:48 PM
Mmg click bait betul la tajuk
Quote rain2169 28-7-2021 01:49 PM
haa haa haa.... lawak arrrrr....
Quote Xim 28-7-2021 02:02 PM
Ni kalau @Tinot7 nampak ni mau kena mrh lg ni
Quote Tinot7 28-7-2021 02:10 PM
Xim replied at 28-7-2021 02:02 PM
Ni kalau @Tinot7 nampak ni mau kena mrh lg ni

Benang ni dah ada smlm.. iols dah komen kat situ.. takde la marah.. hihi
Quote midori_katana 28-7-2021 02:17 PM
berita ni mmg dapat hamunan dalam hati dgn baca tajuk jer!
Quote OyenLemas 28-7-2021 02:25 PM
mengungdang je tajuk diaa. malaysia elegik dgn org nama najib taw.
Quote misuke 28-7-2021 02:30 PM
Tersedak najib
Quote nowhite 28-7-2021 02:39 PM
Ingatkan najin razak td..laju ja nak baca
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 02:53 PM
org panggil dia boskur jugak ke?
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:15 PM
errrr hidup najib i guess?
Quote Zirara99 28-7-2021 03:39 PM
Puahahahahah nasib ada gambor. Tidok ler den tertipu.{:hooray
Quote a4_paper 28-7-2021 03:42 PM
terkono den hahahahah
Quote dianna932 28-7-2021 03:51 PM
kurang hajar. click bait sungguh xD
Quote rikiruj 28-7-2021 03:55 PM
luruh jantung dibuatnya...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.228835 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top