CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elvina Tetap Gigih Bekerja Walaupun Suami Kaya

27-7-2021 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14879| Komen: 98

Berkahwin dengan lelaki kaya dan stabil dari segi kewangan tidak boleh dijadikan tiket untuk kaum wanita goyang kaki dan selesa dengan kehidupan.

Sebaliknya, kaum wanita perlu belajar berdikari dan membina usaha sendiri sekali gus tidak bergantung harap sepenuhnya kepada suami.

Itu pendirian pelakon cantik Datin Elvina Mohamad selepas kerap menerima soalan daripada netizen yang hairan melihatnya masih berkerja seperti biasa biarpun berkahwin dengan seorang usahawan, Datuk Haniff Borhan.

Foto: IG

“Saya selalu dapat soalan seperti ini, ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, atau ‘kenapa susah-susah nak buat bisnes, kan suami kau dah kaya, minta sajalah suami kau duit’.

“Yang kaya tu suami saya, bukan saya! Kalau suami dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak berniaga sendiri? Apalah orang yang mentaliti macam ni,” katanya.

Kata pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, kaum wanita perlu merancang persiapan masa depan kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.



“Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biarlah kecil tetapi selesa. Merancang persiapan untuk masa depan, sebab langit tak sentiasa ada awan. Kadang-kadang hujan sampai petang,” ujarnya lagi.

Tambah Elvina, 26, dia bukanlah seorang yang gemar duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, membeli-belah dan mengharapkan duit daripada suami saja.




“Tak salah kan kalau kita nak berjaya dan kaya hasil usaha sendiri. Saya berlakon sebab minat, saya buat bisnes sebab ini memang cita-cita dari dulu.

“Saya nak jadi usahawanita berjaya dan ketua yang bagus untuk bantu pasukan serta wanita di luar sana yang sama-sama nak berjaya. Jadilah positif okey,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 27-7-2021 05:11 PM
cuci...

huhu

sheolss cantik kan... putih betul kulitnya... pakai oren tak terjejas pun
Quote Cumikucingku 27-7-2021 05:21 PM
Yg video raya bj ijau laki bg duit kepok2 tu ngape? Motif ?
Quote imanjannah 27-7-2021 05:22 PM
cantik dia ni
Quote udangku 27-7-2021 05:27 PM
Kulit dia, berlakon dalam drama tengok HD pun flawless, bersih je kulit {:shy
Quote chekacheku 27-7-2021 05:33 PM
Untungla cantik..bakal bersih dr dikecam..
Quote maitang 27-7-2021 05:35 PM
betul, kulit dia cantik... mulussss
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 05:39 PM
yeleeee dek nonnnn
Quote haifawehbe 27-7-2021 05:44 PM
somi dato scammer mmg la.. kalau tauke balak ke mmg dok rumah jadi tai tai jer.
Quote gundah37 27-7-2021 05:47 PM
elok la...masih muda..gagah lg
Quote Nana_Man 27-7-2021 06:03 PM
Best nya.. pretty n rich..good life smpi mati.
Quote slavehunter 27-7-2021 06:37 PM
Suami adik scammer memang la adik kena kerja, kalau suami adik ada Mengah Holding baru la adik goyang kaki.
Quote pikah89 27-7-2021 06:51 PM
Tp xdela kje operator ke kerani mcm kekite ni hikhik
Quote Belibis 27-7-2021 07:14 PM
Bagus laa..konsisten.jangan dah bercerai baru nak berlakon balik.acah2 rindukan peminat ..
Quote 11ogos 27-7-2021 07:26 PM
Keturunan Vietnam kemboja mmg cantik.. Hidung mancung, kulit cerah
Quote auntyonion 27-7-2021 08:40 PM
Bestnya kalau aku kaya {:laugh
Quote aldilla_zahraa 27-7-2021 08:43 PM
Belum kaya sgtla maknanya. Tgk rabecca, eina azman, goyang kaki duduk rumah bibik berderet
Quote vc1141 27-7-2021 08:55 PM
Minat betul elvina ni.
Quote Lydiawie 27-7-2021 09:08 PM
Lawa elvina ni..
Quote misspokoyo 27-7-2021 09:14 PM
suka btl muka dia ni.. nampak lembut air muka

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 1.035516 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top