CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Man Kidal Didaftarkan Sebagai Asnaf Sementara

27-7-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7418| Komen: 52

Kesempitan hidup gitaris legenda, Man Kidal, 57, yang hilang mata pencarian sejak penularan pandemik dan keadaan bertambah sukar apabila disahkan positif COVID-19, menarik perhatian banyak pihak termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Isteri Man Kidal, Norlaila Yusof memberitahu, pegawai LZS bertandang ke rumah mereka di Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu, untuk menghulurkan bantuan.


Kredit foto: IG Man Kidal

"LZS memberi bekalan barangan keperluan asas. Pegawai lembaga itu juga meminta saya mengisi borang bagi mendapatkan bantuan pada masa depan.

"Malah, abang (Man Kidal) turut didaftarkan sebagai asnaf sementara sehingga dapat bangkit semula. LZS memaklumkan mereka akan membantu sedaya-upaya.

"Kecil atau besar sumbangan kami terima dengan lapang dada ketika bergelut ini," katanya kepada BH Online.

Minggu lalu, BH Online mendedahkan Man Kidal berdepan kesempitan hidup akibat tidak bekerja sejak lebih setahun lalu.


Norlaila dilaporkan berkata, hidup mereka sukar sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu apabila kerajaan melarang aktiviti persembahan terbuka demi mengawal penularan COVID-19.

Norlaila yang juga pengurus Man Kidal memberitahu, suaminya yang menjadikan bidang muzik sebagai periuk nasi, hilang pendapatan akibat tiada 'job'.

Norlaila berkata, dia dan suami sedia menerima apa sahaja pemberian orang ramai.

"Tidak kisahlah hendak bagi apa-apa, kami terima. LZS juga akan membantu abang termasuk memberi wang bulanan, tunggakan bil utiliti dan sewa rumah," katanya.

Norlaila berkata, dia dan suami berterima kasih kepada pihak yang bermurah hati membantu mereka.

"Terima kasih kepada rakan wartawan yang sudi menulis kisah kami. Tidak ketinggalan, semua pihak dan individu yang menghulurkan bantuan.

"Selama ini, kami tidak pernah meminta atau mengeluh hidup susah. Banyak bertawakal apa yang akan terjadi. Cuma pada satu tahap, kami tewas hingga terpaksa mengibarkan 'bendera putih'.

"Apabila jadi begitu, buat apa nak malu... Kami reda. Namun, tidak sangka, ramai yang begitu baik membantu kami," katanya.




Mengenai keadaan kesihatan mereka selepas disahkan positif COVID-19, Norlaila berkata, mereka masih melakukan kuarantin kendiri dengan berkurung dalam bilik.

Pasangan itu menetap bersama adik Norlaila dan dua cucu mereka.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBisu 27-7-2021 10:28 AM
Kesiannya. Semoga dipermudahkan urusan dn rezeki
Quote mamajawie 27-7-2021 10:30 AM
ade ke kategori asnaf sementara???

habis acik2 kat kampung tu rumah cam nak roboh pun tak dapat jadi asnaf da bertahun tu apa citer??
Quote Afna 27-7-2021 10:34 AM
Moga dipermudahkan urusan untuk keluarga Man Kidal. Radanya dia pun x minta jd mcm ni. Doa yang baik2 je le..
Quote exuwan 27-7-2021 10:51 AM
Semoga urusan beliau sekeluarga dipermudah
Quote nowhite 27-7-2021 11:13 AM
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..
Quote pikah89 27-7-2021 11:19 AM
Smoga dipermudahkan teringat zaman kegemilangan
Quote acikbrown 27-7-2021 11:30 AM
sekarang ni ramai yg jadi asnaf
tambah la yg memang asnaf sebelum pandemic
Quote sabundettol 27-7-2021 11:42 AM
Tabah isterinya mmg solehah dan taat. Syurga buatmu
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:50 AM
cepat je ha datang officer nya
baguslah
semoga kerumitan tak berkekalan
Quote ketupatnasi 27-7-2021 12:05 PM
mamajawie replied at 27-7-2021 10:30 AM
ade ke kategori asnaf sementara???

habis acik2 kat kampung tu rumah cam nak roboh pun tak dapat j ...

hilang pendapatan sementara kalau tak silap iols.

Quote kakakgarang 27-7-2021 12:09 PM
kesiannya, iolss tak bole la tgk org susah mcm ni.. pakkal je ada ank kecil.. kalau tak iolss la yg rajin nk buat charity,

aku fikir kobit ni je la .. kalau tak da lama da aku  buat kerja kebajikan...

Quote Kepot 27-7-2021 12:18 PM
Semoga dipermudahkan segalanya. Legend kot tapi tu laa
Quote orkid_amani 27-7-2021 12:56 PM
Man kidal ni maaasyuuuk gak job merata2 takkan la xdak saving langsung? Gila apoo dia antara artist vateren yg sentiasa ada job kot sebelum2 ni
Quote puanbintang 27-7-2021 12:58 PM
semoga dipermudahkan urusannya.
Quote Kiambangmalam 27-7-2021 01:03 PM
Tp tgk ig anak dia dh besar2 rumah pn gah juga dr org lain yg betul2 asnaf hmm hati iols ni hitam sgt ke. Moga dipermudahkan la urusan beliau sekeluarga
Quote laksmanabentan 27-7-2021 01:11 PM
mamajawie replied at 27-7-2021 10:30 AM
ade ke kategori asnaf sementara???

habis acik2 kat kampung tu rumah cam nak roboh pun tak dapat j ...

sebab acik2 itu berita tak cover.. dan makcik tu tak duduk di rumah sewa...
cuba acik2 tu duduk rumah sewa dan tak mampu bayar, sure lembaga zakat akan bantu kannn...

tapi man kidal masih duduk rumah sewa ker?
then anak dia yg sulung tu da bekerja kann... ke masih kecik ekkk....
Quote Ain_h 27-7-2021 01:13 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote kae7 27-7-2021 01:18 PM
Bukan senang nak harungi zaman pandemik ini.
Rahmad Mega itu pun terpaksa menyanyi melalui platform Facebook.
1 lagu = 1 ringgit
Quote gundah37 27-7-2021 01:22 PM
skrg semua efek...pandemik ni golongan professional pn terjejas.. kecuali pak menteri fasola..enjoy

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049742 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top