CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawasan Sempadan Bakal Dikawal PDRM Dengan Dron Canggih

27-7-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1718| Komen: 10

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan 16 unit dron kuasa bateri yang berkuasa tinggi dilengkapi dengan 'gyro stabilized camera' bagi penugasan melibatkan pemantauan kawasan sempadan.

Pengarah Jabatan dan Logistik Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, dron yang dilengkapi dengan 'electro optical' serta infra merah itu mampu membuat penerbangan dan rakaman visual beresolusi tinggi melibatkan foto, video serta untuk siaran langsung pada waktu siang dan malam.


Gambar hiasan/Sinar Harian

"Selain itu, dron ini turut merangkumi 'mobile ground station vehicle' yang dilengkapi dengan 'turret tracking antena system', 'weather station' dan portable global navigation satellite system'," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dron itu juga akan digunakan dalam usaha menangani ancaman pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.


Katanya, PDRM menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan polis memiliki kelengkapan aset terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Kerajaan telah meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron jenis vertical take-off and landing (vtol) kepada PDRM dan kelulusan ini di bawah projek perolehan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dengan unjuran siling projek bernilai RM48 juta.

"Unjuran siling ini adalah anggaran berdasarkan kepada kajian harga pasaran untuk dron berspesifikasi terkini yang sesuai bagi penugasan taktikal/pemantauan PDRM," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:51 AM
jangan teknologi dah canggih still ada lagi yang terlepasssss.
starlite je dahi memasing
Quote kemaruk 27-7-2021 11:55 AM
dulu bangkem tanya kenapa mahal sangat

pastu ada jkom jawab "abis tu tak payah bayar gaji pilot drone tu ke?"
Quote ninja9 27-7-2021 11:57 AM
RM48 juta               
Quote underground 27-7-2021 12:07 PM
Mahal sebab Forex..

Nak pantau spy ni better ada thermal detector sekali.

Baru boleh tahu orang ke, jin ke atau musibat menyorok dalam terowong..

Quote sekngucing 27-7-2021 12:09 PM
48 juta.. besar tu ja??
Quote kotakominami 27-7-2021 12:24 PM
Moga dapat membantu lah...idoklah memanjang tgu status kes asik 'buka kertas siasatan je'
Quote hmylieenz 27-7-2021 12:29 PM
Dasat rega drone ehhhh
Quote Duriand24 27-7-2021 03:00 PM
Mmg patut punnn! Tgk china senang2 je round2 dlm negara kita harituh.
Quote Belibis 27-7-2021 03:35 PM
Pakai dron ka,apa ka..kalau masih ada amalan duit pelincir..takdo maknanya..
Quote dalliha6781 27-7-2021 07:51 PM
Ingat besau dronenyo

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051229 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top