Pasukan memanah wanita Korea Selatan merasa sedikit kecewa selepas permintaan mereka untuk diperdengarkan lagu BTS tidak kesampaian ketika majlis penyampaian medal. Pasukan tersebut berjaya menggondol pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Individu yang bertanggungjawab dalam bahagian tersebut dikatakan telah tersilap memutarkan lagu kumpulan Blackpink, Boombayah bagi meraikan kejayaan pasukan berkenaan, lapor Allkpop. Wakil pasukan itu, Kang Chae Young berkata mereka terdahulu telah meminta untuk diputarkan lagu BTS berjudul Dynamite sekiranya menang. Ini bukan kali pertama lagu daripada kumpulan BTS mendapat permintaan tinggi dalam acara sukan terbesar dunia. Sebelum ini lagu Butter mendapat undian paling tinggi menerusi poll yang dibuat pihak penganjur Euro 2020 mengalahkan beberapa lagu lain yang tercalon. Fenomena global BTS bukan sahaja diterima peminat di negara kelahiran mereka sebaliknya peminat dari serata dunia juga.
Sumber: mStar
|
shernazz replied at 27-7-2021 02:23 AM
Iols memahami kekecewaan tu..
Susah payah
Tetiba dpt lain
Orangelily replied at 27-7-2021 10:25 AM
aah kan nasib x putar lagu gangnam style, lagi haruuu..
shernazz replied at 27-7-2021 02:38 AM
Hahaha
Terus semua menari ikut gangnam.style
Hahahaa
VioletsAre_Blue: Blackpink sendu dah sekarang, lagu baru view sedih je kalau banding dengan bts
ADVERTISEMENT