Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengakui jantungnya bagai hendak gugur bimbangkan keadaan bayi dalam kandungannya yang kini mencecah tujuh bulan apabila dimaklumkan pembantu rumahnya positif Covid-19.
Siti Sarah, 36, berkata, anaknya-anaknya mengalami gejala demam serta mereka sekeluarga baru saja selesai menjalani ujian calitan sebentar tadi. “Jantung ni macam nak jatuh bila dapat tahu pembantu rumah positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah, yang risau anak-anak dan bayi dalam perut ni. “Kami sekeluarga baru saja selesai jalani ujian calitan, harap tak ada apa-apa,” katanya. Menurutnya, dia tidak dapat memikirkan siapa akan menguruskan anak-anaknya nanti sekiranya dia dan suaminya Shuib dijangkiti wabak tersebut.
|
jijilaaa replied at 27-7-2021 10:48 AM
Dia senyap aman je tuh.. Betul ke apaknya okt?
eyansss replied at 27-7-2021 10:11 AM
harap bukan cubaan divert kes apaknya la... anyway, harap semuanya ok...
ADVERTISEMENT