CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 30 Doktor Kontrak HSA Sertai Mogok Aman Tak Jejas Tugas

26-7-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4102| Komen: 27

Lebih 30 doktor kontrak di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru menunjukkan solidariti kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak dengan membuat perarakan aman di dalam kawasan hospital tersebut.


Tinjauan Kosmo! di HSA mendapati perarakan bermula kira-kira 11.10 pagi membabitkan sekumpulan doktor kontrak yang berpakaian serba hitam mula berarak di lobi utama mengelilingi blok hospital sejauh tiga kilometer.



Hasil pemantauan juga mendapati kesemua yang terlibat dalam perarakan aman itu menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal.

Kelihatan seramai 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di lokasi tersebut bagi memastikan perarakan dibuat dalam keadaan aman dan tenang tanpa melakukan sebarang provokasi.

Jurucakap doktor kontrak berkenaan berkata, kesemua doktor yang menyertai perarakan mogok aman itu berada dalam waktu rehat mereka dan tidak menjejaskan tugasan di hospital itu.


“Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat nanti.

“Tiada kenyataan lain akan dikeluarkan kerana tujuan perarakan mogok ini sudah diketahui umum,” katanya sebelum bersurai dari perarakan itu.

Katanya, bukan semua doktor kontrak terlibat dalam perarakan mogok ini kerana terikat dengan tanggungjawab mengutamakan kepentingan pesakit terlebih dahulu.

Dianggarkan kira-kira 100 doktor kontrak yang bekerja di HSA. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 26-7-2021 02:30 PM
kawan meols pun join ni post kat ig tapi tutup muka..
Takut lerr tu
Quote Pinokiok 26-7-2021 04:10 PM
Lambakan doktor, patut bersyukur ada kerja ni tak sabar sgt nak hak keistimewaan kerja gomen ambik kesempatan time2 camnih nak push2
Quote Babai 26-7-2021 04:13 PM
Buang je celaka2 yang mogok ni.
Quote irish_ieka 26-7-2021 04:49 PM
mohon govt amik tindakan. kate bz sgt smpi nk makan pon tk smpt. mogok sempat pulak kome?
Quote jahcomel 26-7-2021 05:40 PM
Kita xberada dtmpt mereka... Xtau nk komen apa, cma harap btabah lh
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 05:55 PM
kita tengok lerrr menjadi ke tak mogok nya. apa perubahan lepas ni.
Quote zamzam 26-7-2021 05:57 PM
Jgn sambung kontrak. Ambil freshie yg berlambak tu.
Quote supermum 26-7-2021 06:04 PM
Aku tak faham isu ni. Dorang memang dijanjikan permanent placement dengan gov ke? Or sama je macam graduates lain, dah habis degree pepandai carik peluang sendiri?
Quote Darkscabiosa 26-7-2021 06:08 PM
Moga dipermudahkan
Quote Guccibamboo 26-7-2021 06:26 PM
Even I separa x stuju...tp I doakan mana2 doc yg mmg baik+cekap+x gune kabel+x pandai bodek utk kepentingan diri dipermudahkan rezekinye...diserap & bila sambung blaja jd pakar dgn scholarship ...x lari g swasta dgn ayat diaorg deserve pilih yg lebih baik. Seolah2 entitled nak wat ape je die suka....padahal masa mula kerja dgn gomen la ko menagih simpati mintak jd permanent....padahal masa awal2 keje boleh je ko sambung blaja bile abes ho..xyah harapkan scholarship pun boleh je sambung blaja. Tp xnak pulak ko ye. Tp bile dah dpt scholarship.....abes blaja...ko g swasta yg org mesekin x mampu byr....sedihhh
Quote fizamn 26-7-2021 06:27 PM
Hadap jugak depa ni keja gomen.. korang kontrak aje dgn spital 10 tahun pastu join swasta.. sama.aje..
Quote aiyaya2708 26-7-2021 07:32 PM
Patut nya bukan time ni nak hartal segala {:dot
Quote Fortiori02 26-7-2021 07:35 PM
Time kene amek keje kan dah agree TC employment ko. Pas dah agree, x kan tgh negara tersepit ni, ko nak U-turn dr perjanjian.

Ramai lg kt luar tu yg sanggup jd doktor kontrak sbb at least ada gaji tok makan. Gomen x yah layan rasanya puak2 gini.
Quote R2D2 26-7-2021 08:55 PM
lepas dpt serap tetap
dpt buat master
muka2 ni juga yg lompat ke private
Quote Persada 26-7-2021 08:57 PM
Heboh nk tetap.. Alih2 nti korg lari p swasta
Quote ain.nadhirah017 26-7-2021 09:00 PM
Rasa yang tak faham je nak marah marah doctor2 ni mogok. Dia orang bukan abaikan tugas pun! Semoga dia orang dapat yang sepatutnya!
Quote bictoria 26-7-2021 09:48 PM
generation stoberi. baru keje dua tiga tahun dah kecoh.
Quote Knowlee 26-7-2021 10:00 PM
Guccibamboo replied at 26-7-2021 06:26 PM
Even I separa x stuju...tp I doakan mana2 doc yg mmg baik+cekap+x gune kabel+x pandai bodek utk kepe ...

Tepat sekali...
Quote aezvogue 26-7-2021 10:16 PM
Bersyukur la masih ada keje walopun kontrak..i ni tiap hari bukak myfuture job, jobstreet segala bagai cari keje tau

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057474 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top