CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parlimen Digantung, PM Dipecat

26-7-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4172| Komen: 21

Description: Presiden Tunisia, Kais Saied, semalam mengumumkan penggantungan Parlimen negara ini dan pemecatan Perdana Menteri, Hichem Mechichi, berikutan insiden tunjuk perasaan terhadap parti pemerintah.
Presiden Tunisia, Kais Saied, semalam mengumumkan penggantungan Parlimen negara ini dan pemecatan Perdana Menteri, Hichem Mechichi, berikutan insiden tunjuk perasaan terhadap parti pemerintah.

Kedengaran bunyi hon kenderaan menyambut pengumuman yang dibuat oleh Saied selepas mengadakan mesyuarat tergempar di istananya.


Televisyen menyiarkan pengumuman oleh Saied, semalam. - FOTO AFP

Terdahulu, ribuan rakyat Tunisia turun ke jalanan untuk menyertai tunjuk perasaan di beberapa bandar dengan mendakwa parti pemerintah telah gagal, termasuk dalam menangani pandemik COVID-19 di negara Afrika Utara ini.

Di Tunis, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan bangunan Parlimen sambil melaungkan slogan bantahan terhadap parti pemerintah, Ennahdha, serta Mechichi.

Tunjuk perasaan turut dilaporkan di bandar Gafsa, Kairouan, Monastir, Sousse dan Tozeur.



FOTO AFP

"Rakyat mahu Parlimen dibubarkan," kedengaran laungan mereka.

Menurut wartawan AFP, beberapa penunjuk perasaan ditahan, manakala seorang pemberita cedera apabila peserta demonstrasi itu melemparkan batu dan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

"Perlembagaan tidak membenarkan pembubaran Parlimen tetapi membenarkan ia digantung," kata Saied sambil memetik Artikel 80 yang membolehkan tindakan itu diambil sekiranya terdapat 'bahaya bakal berlaku.'

Katanya, beliau akan mengambil alih kuasa eksekutif 'dengan bantuan' kerajaan diterajui pemimpin baharu yang dilantiknya sendiri selain berkata, imuniti barisan timbalan di Parlimen juga akan ditarik balik.

Tunisia yang memiliki kira-kira 12 juta penduduk, sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang telah meragut lebih 18,000 nyawa, setakat ini.

Sementara itu, parti Ennahdha membidas keputusan yang diumumkan Saied.

"Tindakan Kais Saied adalah satu rampasan kuasa 'd'etat' terhadap revolusi serta Perlembagaan. Ahli Ennahdha dan rakyat Tunisia akan mempertahankan revolusi," menurut parti itu dalam kenyataan melalui Facebook.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 26-7-2021 01:55 PM
Teringat nasib negaraku
Quote ultra78 26-7-2021 01:58 PM
Tahniah wartawan cari yg sudah mula guna tajuk thread yg clickbaity

Quote Vellfire 26-7-2021 02:06 PM
tajuk thread buat kita suspen
Quote @inardni 26-7-2021 02:09 PM
Huhu...ingat di negaraku. Rupanya negara lain
Quote NekNgah 26-7-2021 02:18 PM
Sempat terperanjat sekejap.  Baru aje pagi tadi PM masuk parliment.  Parlimen Malaysia pun baru aje mula bersidang.
Quote Nozot 26-7-2021 02:20 PM
Adoi..ingat kat malaysia. tapi malaysia punya persidangan pun macam merepek ja
Quote budakshinchan 26-7-2021 02:21 PM
baru smlm perenang Lelaki Tunisia menang Olympic Gold medal.. Ahmad Hafnouie
Quote aint 26-7-2021 02:29 PM
ingatke kt msia ... rupanya tunisia
Quote _blackbird 26-7-2021 02:42 PM
ku pikirkan pm kita tadi, rupanya pm org lain
Quote Mary_jane 26-7-2021 02:44 PM
Haih suspen je tau.
Quote meteorspeed 26-7-2021 02:47 PM
Baru nak whahhhhhhh
Quote angelofish 26-7-2021 02:52 PM
sayang nye
Quote Aikiko 26-7-2021 02:56 PM
Tak mustahil boleh berlaku di sini
Quote JohnyEnglish 26-7-2021 03:19 PM
bilalah berita ni akn jadi di Msia,sambil raykat Tunis kata 'ingtkan di Tunisia rupanya di Msia'
Quote namr 26-7-2021 03:41 PM
Heyyyy clickbait
Quote ifanonline 26-7-2021 04:46 PM
ultra78 replied at 26-7-2021 01:58 PM
Tahniah wartawan cari yg sudah mula guna tajuk thread yg clickbaity

bukan clickbate...tred masturbate...
Quote tripleid 26-7-2021 04:49 PM
6 bulan menteri2 kabinet dapur makan gaji buta..
[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1966585250186649/?type=3&theater[/fbp]
Quote fadz84 26-7-2021 04:56 PM
budakshinchan replied at 26-7-2021 02:21 PM
baru smlm perenang Lelaki Tunisia menang Olympic Gold medal.. Ahmad Hafnouie

Hebat kan.. umur baru 18thn penampilan pertama kat Olympic dh kalahkan peserta favourites Australia & USA.
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 05:57 PM
tudiaaaa. kat negara lain, apa heran kena sembur dengan polis pun. yang penting biar atasan tau rakyat tak puas hati

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.174643 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top