Pelakon Amyra Rosli gembira dan tidak menyangka dia kini mempunyai peminat dalam kalangan penonton dari Indonesia impak daripada lakonannya dalam drama bersiri Nur.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Amyra berkongsi poster drama Nur selepas namanya ‘ditag’ penonton dari Indonesia berserta mesej daripada peminatnya di sana. Amyra ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, sebenarnya terkejut selepas menerima terlalu banyak kiriman mesej (DM) dalam Instagram daripada penonton di negara seberang itu yang ‘jatuh hati’ dengan lakonannya menerusi drama Nur. “Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak tahu langsung tentang drama Nur yang ditayangkan di sana. Sebab setahu saya Nur pernah ditayangkan sebelum ini di stesen televisyen di MNCTV, Indonesia, pada April lalu namun cuma satu episode sahaja sebelum tayangan ditarik semula kerana kurang mendapat sambutan.
“Jadi saya terkejut apabila menerima banyak kiriman mesej daripada penonton Indonesia yang menggemari lakonan saya dalam drama Nur,” katanya. Kata Amyra lagi, sudah tentu dia berasa sungguh gembira dan tidak menyangka dia kini sudah mempunyai peminat tersendiri dari Indonesia. “Memang saya menerima terlalu banyak mesej daripada mereka (penonton Indonesia) dan saya berkesempatan juga membalas mesej tersebut dengan mengucatkan terima kasih,” katanya. Dalam pada itu, Amyra juga berkata memang ada dalam kalangan penonton di sana memberitahu bahawa wajahnya mirip seperti aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani. “Ya memang ramai juga yang kata wajah saya mirip seperti aktres Nia Ramadhani,” katanya kepada Kosmo!
|
dudaberhias replied at 24-7-2021 07:52 PM
orang indonesia tu tengok dekat mana kalau 1st episod pun dah kena tarik?
indonesia tu populasi 3 ...
wtvmjls replied at 24-7-2021 08:33 PM
dulu okay la nak associate dgn nia tu..sekarang huhu je
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 11:45 AM
dari mana deme nengok? youtube? tonton?
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 11:45 AM
dari mana deme nengok? youtube? tonton?
ADVERTISEMENT