Seorang gadis di negeri Colorado, Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial selepas dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh ibunya, malah, dia mempunyai ramai peminat kerana memiliki paras rupa yang cantik lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Isabella Guzman, 18, didapati bersalah menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka, leher dan badan mangsa di kediaman mereka di Colorado. Dia yang kini menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado kerana menghidap skizofrenia, dilaporkan berbuat demikian selepas mendengar ‘suara’ menyuruhnya melakukan perbuatan kejam itu. Gadis itu berkata, dia menikam mangsa untuk ‘menyelamatkan dunia’. Menurut pegawai penyiasat, Isabella berbeza dengan rakan sebaya lain ketika zaman kanak-kanak yang mana dia tidak pernah senyum, bermain atau menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.
Dia juga dikatakan kerap berbalah dan membenci ibunya, Yun Mi Hoy kerana keadaan ibu bapanya miskin. Keadaan kesihatan gadis itu dikatakan bertambah teruk selepas ibu bapanya bercerai dan bapanya meninggalkan rumah mereka. Selepas ibunya membawa pulang teman lelaki, Richard, keadaan Isabella semakin kronik. Isabella mula mengugut untuk membunuh ibunya dan berjanji bahawa wanita itu akan ‘membayar’ atas semua layanan yang diterimanya selama ini. Pada suatu hari, ketika Richard menonton televisyen, dia dikejutkan dengan jeritan Mi Hoy dari tingkat atas rumah mereka sebelum menemui mayat mangsa di bilik air. Mangsa ditikam sebanyak 79 kali oleh anak perempuannya. Gadis itu kemudian disahkan menghidap penyakit skizofrenia dan disahkan kurang siuman. Bagaimanapun, selepas tujuh tahun menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado, Isabella mendakwa dirinya sembuh dan bersedia menjalani kehidupan normal. “Saya bukan diri saya ketika membunuh ibu saya. Saya sudah pulih. “Jika saya mampu mengubah segala yang telah terjadi, saya akan melakukannya,” ujarnya. Buat masa ini, mahkamah tidak meluluskan sebarang rayuan Guzman untuk dibebaskan. – CARI Sumber: Kosmo
|
Lolalala replied at 26-7-2021 10:36 AM
Musim covid ni nak lepaskan.. baik laa hang dok dalam tu. Terjamin lagi makan minum
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 10:06 AM
kalau itu lawa, aku ni dah taraf ratu dunia la kot. hihihihii cetttt takpelah puji diri.
79 kali t ...
ADVERTISEMENT