CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ke Mana Pergi Duit Orang Ramai? - Ustaz Salman Ali Dikecam Hangatkan Keadaan

25-7-2021 02:58 PM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 5953| Komen: 15|Original author: Oleh: Usopikhwan

 


Jika Sebelum ini Caprice, Nadir Al Nuri dan Bro Firdaus Wong mempersoalkan mengenai Misi Tabung Kemanusiaan Ustaz Ebit Lew. Terbaru, muncul seorang lagi Ustaz mempersoalkan ke mana perginya duit derma orang ramai. 

Sosok tersebut adalah Ustaz Salman Ali yang terkenal dengan ceramah debatnya di YouTube dan juga laman sosial.

Baru-baru ini, beliau memuat naik status di Facebooknya mempersoalkan ke mana perginya duit orang ramai kerana sebelum ini Persatuan Kasih Umat Malaysia (PKUM) pernah meminta sumbangan orang ramai sebelum berlepas ke Gaza.


Sumber FB Salman Ali

"Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa beliau tidak menganjurkan atau menggunakan sedikit pun duit kutipan untuk projek bantuan kemanusiaan di Gaza, yang adalah hanyalah wang peribadi beliau dan beberapa sahabat yang tidak mahu nama mereka dikenali. Jadi tidak ada sebab untuk beliau mendedahkan perbelanjaan.

"Pendedahan ini sangat mengejutkan!

"Ia menunjuk Ustaz Ebit Lew dan rakannya sangat bersifat dermawan. Namun, kedermawanan Ebit Lew dan rakannya ini tidak menghilangkan keraguan saya dalam isu ini.

"Kalaulah semua sumbangan Di Mesir dan Gaza atas nama Persatuan Kasih Umat Malaysia (PKUM) adalah dari sumber persendirian Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya, kemana perginya sumbangan orang ramai kepada akaun bank CIMB (PKUM).

"Sedangkan ramai yang menulis di media sosial mereka telah menyumbang untuk projek Palestin Ustaz Ebit Lew melalui akaun bank (PKUM). Bagaimana pula dengan sumbangan dalam negeri yang Ustaz Ebit selalu tegaskan ia adalah wang simpanan beliau jadi apa yang dibuat oleh (PKUM) dengan sumbangan sorang ramai?

"Kemudian, kenapa beberapa hari lepas bermula 18 Julai, PKUM telah membuang paparan nombor akaun sumbangan pada hantaran-hantaran lama di Facebook? Apa motif suntingan dengan membuang no akaun ini? (Rujuk SS).

"Pihak berkuasa mesti menyiasat aktiviti (PKUM). kemana perginya sumbangan orang ramai melalui (PKUM) kalau yang keluar adalah hasil titik peluh Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya para dermawan.

"Semoga tidaklah sedang Ustaz Ebit mengeluarkan wang simpanan berhempas pulas melakukan sumbangan atas nama (PKUM) alih-alih sumbangan orang ramai tidak sampai ke Gaza atau Palestin. Saya fikir satu kerugian kepada penyumbang." ujarnya di FB.

Disebabkan status yang dimuat naik Ustaz Salman Ali, itu ada beberapa pengikutnya bersetuju dan ada juga yang turut mengecam dengan cara Ustaz Salman yang seperti mengeruhkan lagi keadaan.




Sumber FB Ustaz Salman Ali

Kesimpulannya, Ustaz Ebit Lew harus berani bertanggungjawab untuk membenarkan Persatuan Kasih Umat Malaysia ( PKUM ) melakukan audit secara telus dan saksama. Ini bagi memastikan tiada timbulnya fitnah dan pertanyaan kemana perginya duit derma itu.




Sementara itu, ke mana perginya sumbangan RM20 juta itu sudahpun dijelaskan oleh Nadir. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 03:04 PM
banyaknya benang pasal debit.
berpeluh debit orang da start bertanya.
memang digunakan untuk tujuan sepatutnya ke atau support lifestyle dia.
Quote helicornia 25-7-2021 05:12 PM
selagi dia tk telus, selagi tu org tanya.jgn salahkan org yg tanya
Quote yayan_froggy90 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hihihi
Quote midori_katana 25-7-2021 06:13 PM
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...

Isu apa uolls? Money laundering?
Quote haniko 26-7-2021 12:53 AM
midori_katana: Isu apa uolls? Money laundering?

Macam ye. Hint banyak keluar berkenaan money laundering. Hantaran berkenaan Harun Yahya & Sai Baba pun ada dikeluarkan untuk bagi clue.
Quote depresio 26-7-2021 01:22 AM
Org dalam malaysia nak sebut susahla dah org tu ugut dgn report polis
So yg luar malaysia la boleh sebut

Good jod USA...
Quote LH76 26-7-2021 01:54 AM
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...

Cari2 jgk klu ada yg dh bukak thread psl ni tp nampaknya blm ada
Quote miskintegar 26-7-2021 11:41 AM
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...

mmm.....berapa banyak jaws terlibat ni?
Quote yayan_froggy90 26-7-2021 10:53 PM
miskintegar replied at 26-7-2021 11:41 AM
mmm.....berapa banyak jaws terlibat ni?

Hihi harini meletoppp terus
Quote yayan_froggy90 26-7-2021 10:55 PM
midori_katana replied at 25-7-2021 06:13 PM
Isu apa uolls? Money laundering?

Hihi.. Harini punya isu..  Dh meletop... Isu money laundering pun tak letop sgt
Quote inilastakucakap 27-7-2021 12:13 AM
midori_katana: Isu apa uolls? Money laundering?

Tu laa nak tau jugak kenapa ramai yg muncul
Quote Perk77 27-7-2021 10:37 AM
Aku agak je...duit tabungan awam Tu dia buat modal bukak kedai runcit berangkai dia la......so dia pusing2 la pi memberi bantuan ke seluruh msia nak Tunjuk Tu duit rakyat....tp silap nya sebab perasan best sgt ramai dh sokong dia...tapi asyik Guna saya..saya...saya....
Quote pikah89 27-7-2021 11:10 AM
Kalau nk bg netz senyap uel kna tnjuk audit PKU
Quote divakah 27-7-2021 04:44 PM
Mana lgi meyakinkan..fakta vs airmata

Quote Whitepinkrider 6-8-2021 05:12 PM
aman2 je lately. dah keluar gua

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.186104 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top