CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Belum Masuk Ikan, Lalat Dah Masuk Dalam Minyak Panas," -Penduduk Derita Setahun Diserang Lalat

23-7-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2547| Komen: 19

BATU GAJAH –Masalah serangan lalat yang dihadapi penduduk Taman Chenderong Jaya di sini lebih setahun lalu bagaikan tiada pengakhiran biarpun pelbagai aduan telah dibuat.

Mereka menzahirkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa pihak terlibat dan gangguan tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah ladang ternakan ayam berhampiran.

Seorang penduduk, Mior Nazhar Mohd. Aris, 40, berkata, dia sudah tidak tahan untuk berhadapan masalah tersebut yang berlarutan sejak sekian lama sehingga terpaksa membawa keluarga menumpang di rumah emaknya.

Katanya, serangan lalat berlaku antara 10 hingga 15 hari setiap tiga bulan dan benar-benar memberi tekanan dalam kehidupan seharian mereka.


Kredit foto: Kosmo



“Setiap hari saya perlu pasang 20 keping perangkap lalat, malah jika mahu makan saya perlu berada depan kipas besar untuk pastikan tiada lalat.

“Jika menggoreng ikan, belum masukkan ikan, lalat sudah masuk dalam minyak panas dan ia benar-benar menyusahkan kami,” katanya ketika ditemui di kediamanya di sini semalam.

Menurutnya, disebabkan masalah itu juga, dia terpaksa membawa isteri dan anak bongsunya yang berusia dua bulan ke rumah keluarga di daerah sama untuk berpantang.

“Masalah lalat ini bukan hanya waktu siang waktu malam pun ada. Kalau kita mahu bersantai dengan anak-anak pun tidak boleh,” ujarnya.

Mior Nazhar memberitahu, lalat itu dipercayai datang daripada ladang ternakan ayam berhampiran kawasan tempat tinggal mereka dan masalah itu telah dihadapi sejak lebih setahun lalu.

“Sebelum ini masalah lalat telah didedahkan media termasuk akhbar, kami rasa lega dan sudah memba-yangkan akan selesai tetapi sebaliknya apabila masalah itu terus berlarutan dan ini sangat mengecewakan kami,” katanya.

Sementara itu, bagi pesara, Saiful Kamil Sulaiman, 48, pelbagai usaha diambil untuk mengatasi masalah serangan lalat, namun tidak berhasil.

“Kami sudah usaha dengan air serai wangi, lada hitam kisar tabur atas meja tapi masalah tetap sama tiada berkurang langsung,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 23-7-2021 12:36 PM
Baiknya penduduk2 kat situ... Dah setahun kot.. Kalau iols, baca ni pun dah terfikir nak upah bdk2 baling molotov cocktail kat opis reban tu.. Biar terbako.. Jgn bakor ayam ya.. Siap pulak dibakar idup3... Bako opis....
Quote capwayang 23-7-2021 01:47 PM
dah macam QR Code jadinya perangkap lalat tu..
Quote Simunggu 23-7-2021 01:50 PM
bagus juga to goreng lalat sekali...sodap
Quote lavendernovella 23-7-2021 03:21 PM
Bela lah katak. iol bela katak, gendut2 makan lalat berterbangan. Tak yah beli makanan utk dia.

Oh lalat byk sebb gerai durian byk kat area rumah iol.
Quote chiquititamichi 23-7-2021 03:24 PM
bela katak buat cam pet ke sistur....
Quote exclusive_vvip 23-7-2021 03:25 PM
Allahuakbar..kesiannya kat diorg..mesti stress…iols yg kekadang lalat sekor masuk umah pun i dah bengang..itupun bukan tetiap hari lalat tu masuk..mcmana la diorg tu hadap lalat byk2 gitu..sangat bersimpati pd diorg
Quote Artemesiaa 23-7-2021 03:28 PM
Moga pihak berwajip segera ambil tindakan demi keselesaan masyarakat setempat.  Benda macam ni kalau tak keluar berita masuk tv lambat nak ada effect.
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:47 PM
hangin wehh nak makan lalat sibuk mencelah. dah ada taik nak jugak pergi ke makanan. reban ayam nya tu tak boleh pergi jauh ke dari rumah orang?
Quote any42 23-7-2021 03:54 PM
kesiannya. byk gila lalat
mkanan kna ttup elok2
Quote MengkuduMasam 23-7-2021 03:54 PM
penah pi beraya rumah saudara yg ade isu mcm nih...

mmg x selesa wei... ade anak kecil lg kesian.. nak tido pun susah..

nak makan pun rs geli je tekak.. sbb pk lalat tuh mmg berpunca dar reban ayam berdekatan...
Quote Jitu 23-7-2021 04:03 PM
rumah tok aku dah berpuluh2 tahun hadap masalah ni
sbb jiran bt tmpt proses ayam kat rumah
tengah duduk2 santai kat luar rumah sekali angin lalu tu dia bau
sabar je lah
Quote glump 23-7-2021 04:28 PM
Memang penyabar penduduk kg.. penternak haram ke ru
Quote MissyMolly 23-7-2021 04:53 PM
lavendernovella: Bela lah katak. iol bela katak, gendut2 makan lalat berterbangan. Tak yah beli makanan utk dia. Oh lalat byk sebb gerai durian byk kat area rumah iol.


Cane u bela? Biar beliau melompat ke sana ke sini? Bape ekor? Rare nih.. inovasi pets. Dah gendut2 tu juai kt resto cina.. tp make sure ada pelapes lain hehehee
Quote c===8 23-7-2021 04:59 PM
benda dah setahun lebih
dah buat report
dah keluar macam2media
tapi tetap takde tindakan

jadi dah sampai masa report sama SPRM
Quote rosmahisham 23-7-2021 05:08 PM
Ya Allah mmg tinggi tahap kesabaran derang ni..baca pon dh angin 1 badan..aku mmg x blh tgk lalat masuk rmh..mmg cari nahas la mmg aku spray dgn ridsect!
Quote None68 23-7-2021 05:15 PM
Mesti ladang cina..silap haribulan x berlesen..kebal plak x memasal
Quote naina 23-7-2021 05:27 PM
Mak aku selalu cakap kalau ada lalat ni mesti kes ladang ayam. Apakata ramai bako reban ayam tu. Selesai masalah. Buat malam campak api. Nanti pandai2 la ayam tu terbang keluar.
Quote grouper 23-7-2021 05:27 PM
Nape ladang ayam byk kes mcm ni...ladang lembu,kambing atau babi ada masalah lalat x..
Quote ezacbee 23-7-2021 06:03 PM
MengkuduMasam replied at 23-7-2021 03:54 PM
penah pi beraya rumah saudara yg ade isu mcm nih...

mmg x selesa wei... ade anak kecil lg kesian. ...

Samalah, g umah kawan ada jamuan makan. Jiran sebelah ada reban ayam. Byk laa lalat berterbangan. Aku nak makan pun hati2.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054144 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top