CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Fizz Fairuz Habis RM18 Ribu Ditipu Datuk Seri

22-7-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6721| Komen: 34

Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz kerugian RM18,000 apabila menjadi mangsa 'scam' seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri.

Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Foto: IG


"Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.

"Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.


"Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?" katanya kepada Harian Metro.



Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu 'menghilangkan' diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.

"Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.

"Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL," katanya.



Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.

"Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.


S

"Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 21-7-2021 08:55 PM
masyyuuukkkkkk
Quote ashilalat 21-7-2021 09:02 PM
Kes mcm ni, kalau mamat tu kena tangkap pon, boleh dpat balik ke duit?

Paling2 pon aku pikir mamat tu diisytihar bankrup masuk penjara. Duit kau pon melepas la jawabnya.
Quote salmon-suki 21-7-2021 09:08 PM
ashilalat replied at 21-7-2021 09:02 PM
Kes mcm ni, kalau mamat tu kena tangkap pon, boleh dpat balik ke duit?

Paling2 pon aku pikir mam ...

Kannnn..mcm ramai jah mangsa tu..kalaupun scammer ni ada duit,msti kne bahagi2..dpt full amount ke tak tu jela persoalan dia..kalau xde duit,melopong jelaa semua mangsa..
Quote Vellfire 21-7-2021 09:20 PM
oh ni ke citernya..
aku baru tengok kat insta tadi
hurmm berhati2 semua
Quote slyfynx 21-7-2021 09:24 PM
Kalau ape2 kene masuk amount byk dalam personal acc, rentikan la.
Fikir tiga pat ratus kali dulu sblm buta mata nk dpt duit.
Dr konon nk kaya duit kita yang lesap
Quote Raline 21-7-2021 10:29 PM
ashilalat replied at 21-7-2021 09:02 PM
Kes mcm ni, kalau mamat tu kena tangkap pon, boleh dpat balik ke duit?

Paling2 pon aku pikir mam ...

ya betul la tu.. mmg mcm tu je la pengakhiran dia
Quote CARI-MRO 22-7-2021 11:11 AM
Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz kerugian RM18,000 apabila menjadi mangsa 'scam' seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri.


Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.


Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Foto: IG






"Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.


"Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.


"Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?" katanya kepada Harian Metro.




[ig]https://www.instagram.com/p/CRlBge8Jn6q/[/ig]



Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu 'menghilangkan' diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.


"Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.


"Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL," katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CRlMH31JfFv/[/ig]



Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.


"Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CRi1rdVpEnT/[/ig]S



"Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Skuau 22-7-2021 11:16 AM
wow..26 taun dpt 'datuk seri'.
Quote green~tea 22-7-2021 11:28 AM
18k pun dato seri sangkak nak pau orang?
Quote laksmanabentan 22-7-2021 11:57 AM
1% duit bon tapi bayar kat nama individu???
hahahhahaa....
kat situ aja takkan tak leh fikir kottt...

adakah duit 1% tu duit kopi???
mmmmmm............
Quote Raline 22-7-2021 12:08 PM
dah ada la maimon...
https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1260627&extra=
Quote slavehunter 22-7-2021 12:12 PM
Dato Sri scam Dato. ???

I though all Dato kaya?

Takper la kita jadi Puan dan Encik saja la.
Quote JohnyEnglish 22-7-2021 12:36 PM
datuk deri tipu datuk pagar jah?
Quote nononcrux 22-7-2021 12:53 PM
slavehunter replied at 22-7-2021 12:12 PM
Dato Sri scam Dato. ???

I though all Dato kaya?

dulu aku ade kenal sorang dato beli.. takde kaya mana pon sekadar datok je.. business apa semua takdak, yang ada tolor jah
Quote slavehunter 22-7-2021 12:58 PM
nononcrux replied at 22-7-2021 12:53 PM
dulu aku ade kenal sorang dato beli.. takde kaya mana pon sekadar datok je.. business apa semua ta ...

Yang semua tahu itu jer cara dia cari makan gunakan title tu.

Kesian kannn.....
Quote slyfynx 22-7-2021 01:35 PM
thread Raline


Weh, mmg keje korang buat thread tinggal ketapi eh
Quote sleepandream 22-7-2021 01:51 PM
adakah datuk chuols juga membeli?
Quote doubleharmonic 22-7-2021 01:56 PM
datuk tipu datuk?
Quote doubleharmonic 22-7-2021 01:57 PM
datuk tipu datuk?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091567 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top