CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dibiar Atas Meja, Bayi Najdi UNIC Usia Dua Minggu Jatuh Ke Lantai

22-7-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22256| Komen: 138

Musibah boleh berlaku sekelip mata!

Akibat sikap alpa, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh dan isteri berdepan detik cemas dalam hidup mereka apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.


Hanya mampu menyalahkan diri sendiri, Najdi, 30, berkata dalam masa hanya kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.

Foto: IG

"Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja... sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.

"Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit... ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.


"Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis... masing-masing salahkan diri," katanya dalam nada kesal ketika dihubungi mStar.



Susulan kejadian, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

"Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada... tapi kena monitor 24 jam.

"Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri," katanya sambil memaklumkan anaknya itusudah dibenarkan pulang ke rumah.


Tambah Najdi, insiden pada pagi sebelum solat sunat Hari Raya Aidiladha Selasa lalu itu cukup menginsafkan bagi dia dan isteri, Dr Norazreen Rahim.

Menceritakan punca kejadian malang itu, Najdi berkata ia berlaku selepas anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi.



"Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.

"Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia... napkin dia tu saya guna balut baby.

"Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri," katanya.



Susulan kejadian Najdi berkata dia dan isteri tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.

"Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.

"Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal," katanya.



Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016.

Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 22-7-2021 11:11 AM
pung pang salah diri sendiri
pastu mention anak autisme tarik napkin
pastu mention wife suka guna meja makan

dalam pada pung pang pung pang salah sendiri
Quote KIM.K 22-7-2021 11:17 AM
Edited by KIM.K at 22-7-2021 11:35 AM

Taktau nak cakap apa..
Quote Cece1234 22-7-2021 11:18 AM
Speechless la..
Quote exclusive_vvip 22-7-2021 11:20 AM
kesiannya baby..Semoga cepat sembuh..btw,i rengsa bila baca diorg laki bini guna meja makan utk tukar lampin tu…Napa x beli meja tukar lampin tu..kata bini doktor,doktor pun main cincai je tukar lampin anak atas meja makan..#donebebel
Quote supermum 22-7-2021 11:22 AM
Dahla bahaya, tak hygiene pulak tu tukar lampin atas meja makan. Tinggi tu 1 meter untuk newborn jatuh. Even dressing drawer pun aku rasa bahaya untuk kemaskan baby.
Quote arffa 22-7-2021 11:35 AM
Kalau bini dia yang buat tu lagi panjang la dia salahkan bini. aku tak boleh brain bukan ke bahaya tinggal baby tanpa pengawasan, nak salin baju tu penting sangat ke. aku tak pernah percaya tinggal baby kalau anak lain ada sebab anak yang kecil bukan boleh harap. aku salin papers anak di atas katil atau kat crib dia tak pernah terfikir salin atas meja makan. ambil mudah je ye diorang ni
Quote nazzse 22-7-2021 11:36 AM
pungpang salah sendiri, terus nampak tak cerdik laki bini.

Baby kot, urus kat bawah la. Siap tinggal atas meja lagi tu
Quote MatDeghem 22-7-2021 11:39 AM
betul ke cerita dia? letak atas meja...kat tepi ke separuh badan atas meja. Baby baru 2 minggu dah pandai golek ke?

ke sendrik buat citer untuk contolbesi .....
Quote olaoli 22-7-2021 11:42 AM
how can u be so stupid and stupid even more. baby kot! lojik letak mana
Quote awenda507 22-7-2021 11:45 AM
Careless sgt2 la smpai jd gini ke anak. Kesian baby tu
Quote acikbajuhijau 22-7-2021 11:58 AM
Aiyo. Everything you mentioned semua salah la dik. Acik malas nak komen.
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 12:03 PM
Dibiar atas meja untuk hidangan makan malam... Nok hg jg anak hg tu elok2 nok... Ingt senang ke asyik nak main je tengah mlm buat anak. Pancut sana sini. Pastu kne tgu 9bln.Dpt anak xreti pantau plak. Rugi nok.
Quote Purpkehag 22-7-2021 12:05 PM
MatDeghem replied at 22-7-2021 11:39 AM
betul ke cerita dia? letak atas meja...kat tepi ke separuh badan atas meja. Baby baru 2 minggu dah p ...

Dia tak bergolek le.. Ada sebab mengapa jatuh. Cuba baca betul2
Quote cap_ayam 22-7-2021 12:06 PM
Kecuaian yang tidak boleh diterima. Baby mana boleh tinggal macam tu je. Nak naik atas tukar baju..bawa la baby tu sekali. Tak tau la orang lain macammana, tapi saya masa jaga anak yang masih baby, mata ni tak pernah tak nampak dia. Melainkan baby ada bersama dengan orang dewasa yang lain.
Quote Minami2013 22-7-2021 12:06 PM
Ingatkan dia yg autism
Quote trexxxxxi 22-7-2021 12:11 PM
Githuuuu anak kecik lagi dibiarkan begitu sahaja atas meja makan yang dijadikan tempat tukar nappies jugak.

Eh wifey kesayangan doctor apa?

Githuuuu senang beranak
Quote ladyzens 22-7-2021 12:16 PM
Alhamdulillah takde apa apa anak tu..
Peringatan untuk kita semua
Quote mrs.uzair 22-7-2021 12:17 PM
Takkan tak mampu beli trolley changing diapers tu, siap ada belt lagi, kalau naik tinggal anak skjp pasang belt tu. Apo tukar lampin atas meja mkn?
Quote Supersirap 22-7-2021 12:35 PM
Nasib baik tiada apa-apa, still, terlalu cuai sangat letak baby atas meja

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049309 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top