CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Islam Itu Unite Bukan Dalca,”-Sharnaaz Pula Tegur Caprice, Ebit Lew Dan Nadir.

21-7-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22791| Komen: 163

Isu membabitkan tiga tokoh berpengaruh iaitu Caprice, Ebit Lew dan aktivis Nadir Al-Nuri yang semakin panas menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang berpandangan pendedahan demi pendedahan secara terbuka hanya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.


Pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang lantang meluahkan rasa tidak setuju apabila konflik itu menimbulkan perbalahan dalam kalangan penyokong masing-masing di media sosial.

Ujar Sharnaaz, isu antara ketiga-tiga individu itu sepatutnya ditangani dengan cara yang lebih baik iaitu perbincangan secara tertutup dan profesional.

Foto: IG


"Apa-apa pun bincang elok-elok, tak payah buat sesi pendedahan dekat media sosial macam ni.


"Kepada Nadir, Ebit Lew, Caprice... duduk berbincang, bermaafan dan kembali bersatu tetapkan pendirian membantu Islam, not destroy.

"Siapa salah siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam, siapa salah letak dalam lokap dan yang betul teruskan perjuangan," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, ketiga-tiga individu tersebut mempunyai pengaruh dan matlamat yang sama untuk membantu umat Islam.


Foto: mStar

Tambahnya, perbalahan tersebut perlu diselesaikan secara profesional agar tidak menjadi tontonan umum yang boleh mencetuskan pelbagai tanggapan tidak baik.

"Aku tak bijak bab agama, tapi Islam unite bukan dalca.

"Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dibenci oleh mata luar.


Foto: via mstar

"Kalau tanya aku, aku tak mahu tahu siapa pun salah... yang aku nak tahu tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam.

"Cukup setakat itu permintaan aku. Aku sayang Caprice, aku sayang Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi aku fridge magnet," katanya berseloroh.
.
Jumaat lalu, Caprice mencetuskan kontroversi apabila menegur tindakan Ebit Lew selepas menerima aduan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah selebriti berkenaan menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, itu memohon maaf pada Isnin dan mengakui kesilapannya kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Namun isu berkenaan kembali hangat apabila Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tampil berkongsi cerita tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

Penjelasan itu dipercayai membuka mata banyak pihak tentang apa yang cuba disampaikan Caprice sejak minggu lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 21-7-2021 05:02 PM
Mat... nak cakap satu lah hang dengan depa tak de beza pun... mencapub je kau ni..
Quote MelahJanda 21-7-2021 05:02 PM
dalca la sedap, bodo
Quote KucingBiru 21-7-2021 05:03 PM
Hang tak mau kata apa ka perangai family ex bini hang, ex adik ipaq hang mamu?
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:09 PM
Unite kepala hotak kau. Kau sundri pun kaki gadoh disunite sesama umat Islam iya! Kau tak ingat kau carik pasal dengan ND Lala dan FATTAH AMIN YANG TAKDA KACAU CUIT JENTIK KAU SIKIT PUN TUH??!!

Oh please bai kalau ko hada di forum ni - KAU BETTER REFLECT DULU LA KAU TU SAPA SEBLOM ACAH2 NAK SOUND ORANG!
Quote Gianna111 21-7-2021 05:11 PM
mmu tak sedar diri..tang belah bekas bini tak berkutik langsung..
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:11 PM
Tak sia2 akak anti Sharnaz sedari dulu ya. Tak sia2 akak melawan arus acik porom yang rembeskan Sharnaz ini. Ko tengok sampai sekarang perangai poyo haprak tu berkekalan iya!
Quote Vignette 21-7-2021 05:14 PM
Nasi dalca la sedap boleh lawan tak dengan nasi kerabu sskjp.. Pirah mamu hang kalu bab family ex in law senyap tak berkutik macam telor dua bijik hilang kena timbus dalam nasi kandaq
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:15 PM
Dah la metafora kau guna tak seswai lansung. DALCA TU CUKOP HARMONI SEGALA REMPAH DAN CAMPURANNYA BODOH! Ambik! Puas hati akak dapat maki2!
Quote anilanil 21-7-2021 05:15 PM
Eh, bukan ka aritu tinshid ada ckp kat samseng kg dusun ni kalo nak komen cakap elok2, masa review mee kayangan tu? Rumah sarip dol sebenar ada nampak lemari cermin, yg samseng klon ni takdak kot...
Quote lyshafull 21-7-2021 05:17 PM
Lol sape je caye cakap die nie melainkan budk2 tiktok dah  ko x nak keruhkan keadaan diamm je la hall jahlop hal nab ko diam je x berkutik pandai perli2 je .. nmpk sgt la kuarga jahlop pndg ko pun mcm xde maruah memekak je gini …
Quote ellejo 21-7-2021 05:18 PM
saiyunk konon!
Quote sarah82 21-7-2021 05:18 PM
Haktuihhhhh...
Quote mishungu 21-7-2021 05:21 PM
dua_chzy replied at 21-7-2021 05:15 PM
Dah la metafora kau guna tak seswai lansung. DALCA TU CUKOP HARMONI SEGALA REMPAH DAN CAMPURANNYA BO ...

Kan dalca tu sndri unite kan segala bahan.. Da knp dia ckp bkn dalca.. Sembang je la.. Masa dgn ex wife dulu sama naik je lwn igs.. Puii
Quote ladybugz 21-7-2021 05:21 PM
just shut the hell up. pening la dia ni. just ckp je kat EL tu supaya tunjukkan audit die. bgtau motif sbnr habiskan beribu us dollar just nk masuk dlm gaza utk ambik gambar? why x bertrus terang yg barang2 dah tersadai kat border? knapa suruh hishamuddin n tmj guna cara terdesak mcm tu? apetujuan sbnr die kat sana di musim covid ni? adakah keberadaan die kat sana menghasilkan gencatan senjata oleh israel?  kenapa x salur kan terus ke gaza tanpa perlu membazir utk jejak kaki ke sana?? bukan skrg at least?

thank u nadir for telling the truth wlpun ianya sgt berisiko utk kamu. berani kerana benar. as someone ygenyoko g kuat EL sblm ni,
rasa sgt kecewa n sedih sbb boleh jdi sampai mcm ni
Quote chandrahusin 21-7-2021 05:27 PM
O la shahnaz
if only you understand
it is important to shut up sometimes
Quote babycc 21-7-2021 05:28 PM
Makin meluat dgn sharnaz ni.. asyik la nak mencapub hal org..
Quote makadek 21-7-2021 05:29 PM
Kmak sgt dia ni kensel lagi
Meluat gila dia ni ada bipolar kot
Dh bodoh piang
Quote cha-cha 21-7-2021 05:30 PM
muntah...
Quote hyie 21-7-2021 05:31 PM
hahahahahahahahahahahaha

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087096 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top