Columbus: Seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat cedera dalam kemalangan selepas dia memohon supaya 'tuhan' mengawal kenderaannya. Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi 'menguji' takdir hidupnya ketika kereta itu dipandu pada kelajuan 193 kilometer sejam.
Portal Oddity Central melaporkan, pihak berkuasa berkata, kereta itu dipandu wanita berusia 31 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun. Kejadian berlaku pada tengah malam di Beachwood, 15 Jun lalu. Imej rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita berkenaan tidak menghiraukan lampu isyarat merah dan terus memandu keretanya sebelum kenderaan itu melanggar tiang dan dua kenderaan lain. Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta berkenaan terhenti di depan sebuah rumah di jalan berkenaan. Bagaimanapun, dia dan anak perempuan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Ketika disoal siasat, polis terkejut apabila wanita itu mendakwa berbuat demikian kerana mahu 'membiarkan Tuhan mengawal kereta.' Dia kehilangan kerja baru-baru ini dan mengalami pelbagai tekanan untuk meneruskan hidup. Namun, dia hilang pertimbangan dengan menekan pedal minyak kereta untuk menguji 'takdir yang ditetapkan tuhan.' Selepas mendengar penjelasan pelik wanita itu kemudian dibawa ke hospital tempatan untuk ujian dadah dan alkohol, namun keputusannya adalah negatif. Wanita itu juga tidak mengalami sebarang sejarah masalah mental sebelum ini. -CARI Sumber: Harian Metro |
Skuau: Aku...sedang memikirkan...apa 'tanggapan dia mengenai TUHAN'...selepas kemalangan berkenaan.
Skuau replied at 19-7-2021 03:32 PM
Aku...sedang memikirkan...apa 'tanggapan dia mengenai TUHAN'...selepas kemalangan berkenaan.{:1_550: ...
dua_chzy replied at 19-7-2021 07:18 PM
Mungkin iman bertambah. Sebab patutnya dalam keadaan gitu dia dan anak dia dah mati tapi ni hidup ...
Artemesiaa replied at 19-7-2021 03:34 PM
Pasti dia sedang hadapi masaalah sebab tu dia mula nak menyalahkan.
Decaffeinated replied at 19-7-2021 08:19 PM
itulah kelebihan orang beriman semakin besar ujian semakin naik derejat
ADVERTISEMENT