BEIJING – Seorang wanita di China ditahan polis selepas melakukan aksi tidak senonoh menayang bahagian sulitnya secara langsung di platform penstriman ketika menaiki kereta api bawah tanah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Perbuatan Liu, dari Bandar Huazhou dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup ( CCTV) yang menunjukkan dia mengangkat gaun dan menampakkan seluar dalamnya ketika menaiki kereta api bawah tanah pada Mei lalu. Rakaman yang dikeluarkan oleh polis itu menunjukkan penumpang berusia 38 tahun itu duduk di sebelah dua penumpang dalam gerabak yang agak sesak. Dia mengarahkan kamera telefon pintarnya ke celah kakinya sebelum mengangkat gaun dan memusingkan kamera ke bahagian alat sulitnya.
Liu kemudian memberitahu penonton siaran langsungnya untuk memberikan dia ganjaran kerana berani menayang bahagian suitnya kepada mereka. “Saya berasa gembira selagi anda semua menikmati pertunjukan ini,” kata Liu menerusi video tersebut. Menurut Polis Nanning Metro, Liu ditahan di Daerah Luchuan, Guangxi pada 27 Mei lalu dan didakwa dengan satu tuduhan memperbanyak, menerbitkan, menjual atau menyebarkan maklumat elektronik pornografi demi mengaut keuntungan melalui internet. -CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 19-7-2021 03:15 PM
ada plak yg bayar ye
Redskin replied at 21-7-2021 01:43 PM
Hahaha...sanggup sepet ni selak skirt tayang
kodok melalui hp cam utk followers.
i'm gonna introduce an onlyfans video like it’s a youtube video. “What’s up guys, today I’m gonna be showing you my pussy-”
white_musk replied at 21-7-2021 03:20 PM
Ada juga lobai saparti ini. Betul juga kata Maideen dot.
ADVERTISEMENT