CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biskut, Tepung Gandum Dan Gula-Sedih Tengok Longgokan Makanan Dalam Tong Sampah

19-7-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14402| Komen: 135

Ramai sedih dan terkedu apabila menatap gambar yang memaparkan beberapa beg plastik makanan dan keperluan asas bertaburan di sebuah tong sampah.

Lebih menyayat hati, barangan itu masih baru dan ada tidak digunakan lagi, tetapi telah dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Gambar tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Iz Yunus, namun dia tidak menyatakan di mana lokasi gambar itu dirakam.

Foto: Kosmo

Menerusi gambar yang dimuat naik lelaki itu antara barangan yang dibuang adalah seperti biskut, tepung gandum dan gula.

“Kenapa perlu buang? tak minat jenama, tak minat pemberian orang, jangan buang, bawa ke rumah jiran atau letak dalam kereta.


“Jumpa pakcik beca atau orang susah bagi, bukan begini caranya, ke sebab kamu berlagak nak makanan ‘have-have’,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Susulan tular gambar itu di media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang makanan ketika ramai lagi yang susah sehingga terpaksa mengangkat bendera putih untuk mendapatkan makanan.


“Orang lain sampai angkat bendera putih nak dapatkan makanan, tetapi kamu pula dengan rasa tidak bersalah buang makanan.

“Kalau tak nak, tolak terus pemberian orang tu atau bagi kat jiran yang memerlukan, membazir tu kan amalan syaitan,” tulis Acan Mamat pada ruangan komen.

Senada dengan Acan Mamat adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Kedah.

“Bila dibagi bantuan macam ni pula dibuatnya, kalau tak bagi kata ramai yang pilih bulu. Dasar manusia yang kufur nikmat,” tegasnya.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akmal 19-7-2021 03:09 PM
Geram aku dgn org camni..kalo xnk ltk je kt food bank tu
Quote fadz84 19-7-2021 03:12 PM
Dasar tak tau diuntung betul org cmni... jgn lepas ni makin sempit rezeki ko sbb x hargai rezeki yg diberi..
Quote edayildiz 19-7-2021 03:13 PM
berlagaknya kalau si penerima yg buang..kalau i xbuang pun walau jenama x kenai..bg jer kt org tepi jalan yg kebetulan jmpa..jgn mmbazir..i selalunya kalau beli mknn kt pasar..i tgk masa dorg buat tu xberapa kena..mcm xpakai sarung tgn ke apa..i turn off nk mknn..so i akn pass kt guard umah jer sng
Quote Artemesiaa 19-7-2021 03:13 PM
Jenis tak tahu hargai pemberian orang.  Kalau benar pun tak nak guna atau makan kan lebih elok letakan semula di tempat food bank, pasti ada orang lain yang lebih memerlukan mahukannya.  Bukan main buang ditempat sampah.  
Quote chandrahusin 19-7-2021 03:17 PM
& we thot
beggars can't be choosers
Quote ellejo 19-7-2021 03:18 PM
dah berapa kali kata jangan bagi benda yg sama. pelbagaikan sikit bantuan tu.

yg miskin melarat ni pulak dah tau ada bantuan makanan jenis sama kat rumah takpayah amik. cakap je dah ada.
ni sampai berbuang.
Quote matchstick 19-7-2021 03:19 PM
Mungkin dia panic buy masa pkp last year..skrg dh expired tohok la..
Quote Cece1234 19-7-2021 03:20 PM
Membazirnya..
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:23 PM
moga yang buang tu dikurniakan kesempitan dan kemiskinan selama2nya. biar merangkak semata nak dapat secube gula pun.
Quote prettyuglybabe 19-7-2021 03:27 PM
sebab tu i cakap..
yang amik bantuan ni bukan semua orang susah..
Quote mclaren 19-7-2021 03:32 PM
matchstick: Mungkin dia panic buy masa pkp last year..skrg dh expired tohok la..


Tapi gula takde expiry date.

Tepung if tak buka pun inshaallah tahan lebih daripada setahun. Beras tu mungkinlah cepat naik kutu.
Quote mbhcsf 19-7-2021 03:32 PM
apa  konteksnya , expired ke ape?

u see? i told u - yg menerima benda  dengan mudah , jauh sekali menghargai, kan?

banyak kali nampak perlakuan ni di depan mata.
Quote zehra2 19-7-2021 03:39 PM
org yg perangai serupa syaiton suka membazir.. suatu hari nanti sakit ulcer mulut.
apa pun yg ko mkn tk boleh nk telan..
Quote slyfynx 19-7-2021 03:43 PM
Kalau dapat kesan orang yang perangai syaiton mcm ni, sile kutip balik dr rak die barang2 bantuan.
And terus blacklist. Dedahkan aje kt semua.
Geram la aku.
Di sebabkan orang2 baghal mcm ni, yang betul2 memerlukan x dpt.
Pastu yang lain menyalak kerajaan gagal.

AKu doakan diorang2 ni terus hilang deria rasa sepanjang hayat, dan ulser kt bibir x baik2.
Quote Buritan 19-7-2021 03:45 PM
edayildiz replied at 19-7-2021 03:13 PM
berlagaknya kalau si penerima yg buang..kalau i xbuang pun walau jenama x kenai..bg jer kt org tepi  ...

Jahak hang bg guard.. tp aku pun mcm tuu.. koh koh
Quote monreyes 19-7-2021 03:51 PM
ellejo replied at 19-7-2021 03:18 PM
dah berapa kali kata jangan bagi benda yg sama. pelbagaikan sikit bantuan tu.

yg miskin melarat  ...

kalau dah xde duit.. byk ke pilihan apa nak makan.. tepung tu boleh buat cekodok kosong cicah sos.. lempeng... ke dorang ni bangang x reti masak..
Quote krustykrab 19-7-2021 03:56 PM
matchstick replied at 19-7-2021 03:19 PM
Mungkin dia panic buy masa pkp last year..skrg dh expired tohok la..

Gula mana.ada expiry date...
Quote Skuau 19-7-2021 03:59 PM
Edited by Skuau at 19-7-2021 04:10 PM

Yg tak pernah ditanya.....adakah bantuan yg dibagi tu betul2 sampai kpd orang yg benar2 memerlukannya@golongan sasaran???????......atau..mende tu dh xpired atau rosak???????
Quote TOPwind 19-7-2021 04:00 PM
akmal replied at 19-7-2021 03:09 PM
Geram aku dgn org camni..kalo xnk ltk je kt food bank tu

cara agihan kita tak betul.
DBKL pernah melarang memberi makan pada gelandangan tapi di bantah

kenapa sbb setiap hari dan waktu ada saja orang beri makanan pada mereka
so mereka pilih yg terbaik sahaja yg lain dibuang bergitu sahaja dan bersepah
DBKL terpakasa  keluar ribu2 RM setiap hari dan malam  utk membersihkan sisa2 makanan buangan.

balik kpd kenapa mereka membuang biskut sbb:
1 NGO kasi
2 orng2 Politik kasi
3 Masjid kasi
4 Jutawan kasi
5 Individu kasi
6 Entah apa2 pun kasi

kepada orang yg sama

dlm seminggu 5 kali terima benda yg sama x 4 minggu= ?
setahun?

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037639 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top