CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Klinik Tak Berlesen, Instafamous Mati Lepas Buat Rawatan Peluh Pada Ketiak

16-7-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4953| Komen: 26

Mexico: Seorang selebriti Instagram (IG) maut selepas menjalani rawatan bagi mengatasi masalah peluh dan bau badan.

Ahli bina badan Mexico itu, Odalis Santos Mena, 23, dilaporkan meninggal dunia pada 7 Julai lalu selepas menjalani rawatan di sebuah klinik tidak berlesen.


Rawatan menggunakan tenaga haba untuk mengurangkan peluh pada kelenjar peluh kononnya berkesan 82 peratus serta bau badan sebanyak 89 peratus.

Sebahagian pesakit juga turut mengalami pengurangan pertumbuhan bulu ketiak selepas menjalani rawatan itu.


Kredit foto: IG


The Sun melaporkan, mangsa tertarik dengan tawaran iklan daripada pusat rawatan itu untuk mengatasi masalah peluh pada ketiak dan bau badan.


Odalis menjalani prosedur itu di klinik SkinPiel di Guadalajara, Mexico selepas pengamal perubatan yang dilaporkan menariknya untuk mencuba promosi rawatan itu.

Bagaimanapun, malang buat jurulatih kecergasan itu apabila dia mengalami serangan jantung selepas dibius dan meninggal dunia selepas itu.

Dilaporkan, pekerja di klinik itu cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa namun gagal.

Kematian wanita itu menyebabkan polis membuka kertas siasatan kerana kecuaian 'doktor' bius yang didakwa tidak terlatih untuk melakukan rawatan itu.

Malah, kematian Odalis juga dikaitkan dengan pengambilan steroid yang diamalkannya.

Klinik itu menegaskan mereka tidak mengetahui perkara itu.

Klinik itu juga didakwa tidak mempunyai lesen sebagai pengamal perubatan.

Odalis yang berpengaruh dan terkenal sebagai jurulatih bina badan sering mengambil bahagian dalam pertandingan kecergasan.

Dia terpilih sebagai Campeona Miss/Mr Hercules 2019 dan juga memenangi acara Wellness Fitness Juvenile sejurus sebelum kematiannya.

Odalis juga lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pemakanan serta menjalin hubungan dengan jurulatih peribadi dan pakar pemakanan Victor Gomez Carreno. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-7-2021 12:24 PM
mmg peluh ni bole kontrol dgn treatmen ke? dulu aku penah jumpa sorg stewardes ni kt basemen parking.dh le jln jauh bwk beg dr stesen pastu kena beratur kt basemen yg panas utk byr parking. aku berpengap berminyak dh tp dia rilek je setitik peluh tkde.mekap on point tkde minyak segala
Quote anakmak 16-7-2021 12:44 PM
helicornia replied at 16-7-2021 12:24 PM
mmg peluh ni bole kontrol dgn treatmen ke? dulu aku penah jumpa sorg stewardes ni kt basemen parking ...

Kalau peluh bukan sbb exercise
Kalau aku la, bertenang mentally dan bernafas dgn betul boleh buat aku kurang berpeluh
Kalau aku kelam kabut muka aku akan keluar peluh dulu
Kalau scientific explanation aku takde
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:46 PM
ada ke treatment ni???
Quote Decaffeinated 16-7-2021 01:57 PM
Aku senang berpeluh menyebabkan aku sangat tak sesuai dgn iklim Malaysia 80% of the time. Lebih rela cuaca di arab saudi. Orang kata berpeluh itu sihat, sihat apanya kalau tak bergerak pun boleh berpeluh. Aku akan pasang aircond walaupun hari hujan since i can't stand the humidity. Lantaklah nak kata apa.
Quote beruangcomel 16-7-2021 02:03 PM
aku lak, sukar berpeluh sebab ada penyakit SLE yg attack kelenjar cecair... kulit, tekak , mata, rambut mmg kering sokmo...  peluh pun susah nak kuar...
Quote green~tea 16-7-2021 02:31 PM
Edited by green~tea at 16-7-2021 02:34 PM
helicornia replied at 16-7-2021 12:24 PM
mmg peluh ni bole kontrol dgn treatmen ke? dulu aku penah jumpa sorg stewardes ni kt basemen parking ...


Rasa nya takleh reduce peluh melainkan temporarily dgn chemical aluminum hydroxide ... tp even kita berpeluh, bau busuk ketiak masih boleh reduce bila kita lazer permanently buang bulu roma... sbb liang bulu tu tempat bacteria busuk membiak

I jenis senang berpeluh and i mmg suka pun berpeluh tanda metabolism tinggi...  cuma i mmg lazer IPL utk permanent removal semua bulu2 tidak dikehendaki i.e. armpits, legs & brazillian
Quote dani-rox 16-7-2021 06:24 PM
pernah dengar treatment bg membantutkan kelenjar peluh nih dlm citer Kimmy Schmidt.

ingatkan lawak jah, rupa2nya benar2 kejadian ya
Quote cha-cha 16-7-2021 06:31 PM
helicornia replied at 16-7-2021 04:24 AM
mmg peluh ni bole kontrol dgn treatmen ke? dulu aku penah jumpa sorg stewardes ni kt basemen parking ...

Baru haritu borak dengan kawan, aku tak pernah tengok stewardess berpeluh, makeup on point je , rambut je kadang2 terjungkit sikit.

Quote helicornia 16-7-2021 09:24 PM
cha-cha replied at 16-7-2021 06:31 PM
Baru haritu borak dengan kawan, aku tak pernah tengok stewardess berpeluh, makeup on point je , ra ...

kan..pelik la.dorang makan apa ek tk berpeluh, tk berminyak.pilot ada gak yg nampak kepam
Quote edee_91 16-7-2021 09:42 PM
helicornia replied at 16-7-2021 09:24 PM
kan..pelik la.dorang makan apa ek tk berpeluh, tk berminyak.pilot ada gak yg nampak kepam

mungkin banyak minum apple cider.
Quote asamfish 16-7-2021 09:43 PM
helicornia replied at 16-7-2021 12:24 PM
mmg peluh ni bole kontrol dgn treatmen ke? dulu aku penah jumpa sorg stewardes ni kt basemen parking ...

Boleh.  Tapi kalau buang yang ketiak tu, bahagian tangan tak berpeluh, bahagian badan yang lain pulak akan berpeluh.  It's like a circle.  Ada jugak yang boleh buat mcm botox treatment tapi kena buat every 6 month.  This medical condition ni dipanggil hyperhidrosis.  Ada yang berpeluh kat tangan sampai menitik2 mcm air hujan walaupun dalam keadaan normal.

Quote fatinandreanna 16-7-2021 11:23 PM
Sweet wajah mendiang ni.  RIP for you sis. Kes ni mengingatkan aku pd kes seorang model Malaysia yg mati time buat treatment kecantikan. Same case, lepas kena bius terus badly affected, xlama pasty meninggal.
Quote supernaturalee 17-7-2021 02:45 AM
Safi tu take note ni
Klinik buat promosi je gigih tadah muka

Quote I.K.A888990 17-7-2021 03:06 AM
mmg pernah tgk kat korea treatment ni
tapi mmg kesian la dgn org yg ada mslh ni
Quote Ayda89 17-7-2021 11:09 PM
Dulu penah tengok jeffree star bawak exbf dia pi inject botox dekat ketiak sbb exbf dia ada masalah kelenjar peluh aktif. Hahah
Quote Suchi 17-7-2021 11:32 PM
green~tea replied at 16-7-2021 02:31 PM
Rasa nya takleh reduce peluh melainkan temporarily dgn chemical aluminum hydroxide ... tp even k ...

So mmg dah tak tumbuh terus dah bulu2 tu ye? Berapa kos ye nak hilangkan terus. Mcm artis2 tu kan tiak dorang licin mcm kulit muka
Quote Suchi 17-7-2021 11:34 PM
fatinandreanna replied at 16-7-2021 11:23 PM
Sweet wajah mendiang ni.  RIP for you sis. Kes ni mengingatkan aku pd kes seorang model Malaysia yg  ...

Dorang ni kira ada alahan ngn ubat bius tu ke? Salah satu sebab iols takut nak cabut gigi.
Menakutkan kes gini elok sihat tapi meninggal sbb ubat bius.
Quote haznor 18-7-2021 12:02 AM
asamfish replied at 16-7-2021 09:43 PM
Boleh.  Tapi kalau buang yang ketiak tu, bahagian tangan tak berpeluh, bahagian badan yang lain pu ...

Betul. My husband pernah buat kat HKL. Tapi dia divert area perpeluhan tu je ...
Quote Thunderclouds 18-7-2021 12:21 AM
Decaffeinated replied at 16-7-2021 01:57 PM
Aku senang berpeluh menyebabkan aku sangat tak sesuai dgn iklim Malaysia 80% of the time. Lebih rela ...

I sejak reach 40s jd kuat sweating. Padahal dlu in my 20s time senamrobik setitik peloh pn xkuar siriyes! Leni duduk dlm rumah bkurung pkp semata2 bjalan p dapoq p depan p dapoq boleh lencun bdn. AC dlm bilik ngn hall mmg turn on ja. I tuduh sbb perubahan hormon

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.136302 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top