CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Dedah Wajah Bayi Ketiga, Ikut Muka Siapa Agaknya?

16-7-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6671| Komen: 22

Description: Genap usia sebulan, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya mendedahkan wajah anak ketiganya, Yunos Laith.
Genap usia sebulan, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya mendedahkan wajah anak ketiganya, Yunos Laith.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Lisa yang juga isteri kepada penyanyi, pengarah dan juga komposer, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkongsi wajah bayi lelakinya sedang tidur sambil tersenyum untuk tatapan peminat.



Foto: IG

“Bismillah. Mengimbas semula sewaktu Yunos balik ke rumah dari hospital dan rambutnya masih ada lagi. Pejam celik sudah sebulan anak Mommy (ibu). Lang (panggilan anak ketiga) ikut muka siapa ini?” tulis Lisa.

Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian Lisa itu turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang turut sama berkongsi kegembiraan mengenali Yusof.




“Masha-Allah. Tabrakallah,” kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Alhamdulillah. Sedapnya bau bayi. Moga jadi anak yang soleh Yunos,” ujar pelakon Siti Elizad.

“Masha-Allah. Lelaki yang kacak. Sayang Yunos,” tulis pelakon Fazura.



Pada 21 Jun lalu, Lisa mengumumkan nama anak ketiganya iaitu Yusof Laith selepas tujuh hari bayi tersebut dilahirkan.

Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne, 4, dan Yunos Laith, sebulan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 16-7-2021 11:11 AM
Seronoknya. Banyak betul anak dia. Keluarga pun lebih dari mampu. Tahniah.
Quote Nana_Man 16-7-2021 11:14 AM
MissVixen replied at 16-7-2021 11:11 AM
Seronoknya. Banyak betul anak dia. Keluarga pun lebih dari mampu. Tahniah.

3 je. Tak ramai sgt pun. But they afford, okok untk anak ramai
Quote alieyrina 16-7-2021 12:04 PM
Kalau aku kaya aku nak anak ramai jugak
Quote prizadane 16-7-2021 12:06 PM
iols pun anak 3. tapi betul lah, sekarang ni anak 3 pun orang kata ramai dah. ada planning nak tambah anak, tapi kang risau lak kalau tak mampu bagi the best for anak-anak.

Tapi for Lisa n Yusry ni, tahniah. Lisa pun baru 35yo. Still young to have more kids, insyaAllah. anak-anak sheols pun comel je..comel budak-budak kan. Parents pun both good looking
Quote LadyCarefree 16-7-2021 12:50 PM
Lang long lung. Kata alim. Pangillah nama. Kan doa katanya. LoL
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:45 PM
sedapnya bau baby... bau bedak johnson?
so cute anaknya
Quote mesmerize 16-7-2021 02:32 PM
baby tu ikut rupa lisa.. yang sulung pompuan tu rupa yusry.. kenapa yusry dah macam bangla jual karpet skrg
Quote clarizsa 16-7-2021 02:33 PM
Ikut muka makpak mya lah
Takkan ikut muka apek jual ikan lak
Duhh
Quote Masukkeluar 16-7-2021 02:38 PM
mesmerize replied at 16-7-2021 02:32 PM
baby tu ikut rupa lisa.. yang sulung pompuan tu rupa yusry.. kenapa yusry dah macam bangla jual karp ...

biasa retis laki bila dh beranak pinak beristeri semua jadi kepam mcm bangla..takthu kenapa. lol.
Quote nazzse 16-7-2021 02:40 PM
LadyCarefree replied at 16-7-2021 04:50 AM
Lang long lung. Kata alim. Pangillah nama. Kan doa katanya. LoL

Orang perak mmg bahasakn gitu kan.. serupa dgn anak ND yg sulong tu dipanggil neneknya. Sedap plak dengar mcm2 gelaran.
Quote scrocth 16-7-2021 02:42 PM
Masukkeluar replied at 16-7-2021 02:38 PM
biasa retis laki bila dh beranak pinak beristeri semua jadi kepam mcm bangla..takthu kenapa. lol.

Bagusla mcm tu. Tandanya sama2 jaga anak dan sayang isteri. Kalau yg menten wangi tu yg seram…Lgpn Lisa pn mmg sedia dgr ckp laki utk slow down with her career. Sejuk hati sgt tgk family ni. Nak2 lg bila semua mula focus pd mencari redha Illahi dlm hidup.
Quote sue_liah 16-7-2021 02:54 PM
semoga siti elizad pun dapat baby, mesti sedih  & happy tgk org lain timang anak

adakah yunos yg akan mengikut rambut serabai yusry tu

dpt kat ank pompuan lawa la rambut gitu ..nasib yg no2 tu rambut ikut omaknya
Quote LadyCarefree 16-7-2021 09:52 PM
nazzse replied at 16-7-2021 01:40 PM
Orang perak mmg bahasakn gitu kan.. serupa dgn anak ND yg sulong tu dipanggil neneknya. Sedap plak ...

Ya la memang ada je macam2 panggilan. Tapi seeloknyakan panggil nama. I mean kata alim. LoL just saying
Quote LadyCarefree 16-7-2021 09:53 PM
scrocth replied at 16-7-2021 01:42 PM
Bagusla mcm tu. Tandanya sama2 jaga anak dan sayang isteri. Kalau yg menten wangi tu yg seram…Lgp ...

Ada la laki retis katanya lepas dpt anak lg herlok kemas kacak. LOLLL
Quote mendeluk 17-7-2021 04:30 AM
alieyrina replied at 16-7-2021 12:04 PM
Kalau aku kaya aku nak anak ramai jugak

haha kalau aku kaya raya pun, aku takmau ada anak ramai lebih dari 4. Empat itu dah kira banyak dah. Ingat senang ke nak bela ramai anak2.

Yang aku pelik orang tak mampu lah paling ramai ada anak. Allahu, kadang kesian tengok budak2 hidup lahir tak cukup kasih syg, education,
Quote namichan 17-7-2021 11:11 AM
Comellll initial YL yg pstii
Quote ImpianSeroja 17-7-2021 11:53 AM
Anak anaknya comel..ibu pun cantik..ayahnya tu dah kenapa nampk selebet sket tu
Quote naina 17-7-2021 12:00 PM
Yusri bila kat rumah sama je macam bapak lain. Selebet dan busuk. Lagi lah rambut dia kerinting. Takkan kat rumah pon berminyak rambut bersikat bagai..ayoo. bagi aku pandangan biasa.je. kalau yang smart2 tu macam fake lohhh
Quote naina 17-7-2021 12:01 PM
Btw bestnya baby kecik..seketul yang sangat comel. Tak sabar nak bersalin.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056964 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top