CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Bawa Parang UGUT Mak RM500!

21-11-2013 04:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7663| Komen: 71


Muhammad Sufian dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya.

KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.

Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.

Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.

Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.

Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.

Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tok_Batin 21-11-2013 02:45 PM
Adakah kaki ganja??
Quote nabila11 21-11-2013 02:47 PM
tengah lalok ke..terengganu..hurmm
Quote vv2005 21-11-2013 02:47 PM
derhaka ko
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 02:48 PM
terengganu darul pau mak sundri
Quote lady_bonia 21-11-2013 02:48 PM
Ini anak xkenang budi..huhuhu...:@
Quote Farini 21-11-2013 02:48 PM
taik dadah ke apa dia ni.
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 02:48 PM
ni sunni ka shia?
Quote rospinki 21-11-2013 02:49 PM
Kassim_Patalon posted on 21-11-2013 02:48 PM
terengganu darul pau mak sundri

aku dah agak dh hang mesti kata lagu ni ..


kassim patalon darul kata darul kat orang
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 02:51 PM
rospinki posted on 21-11-2013 02:49 PM
aku dah agak dh hang mesti kata lagu ni ..

ganu kepelekkang tangpa batasang
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:53 PM
Kassim_Patalon posted on 21-11-2013 02:51 PM
ganu kepelekkang tangpa batasang

Patut la si dino wa tgk pelik semacam...

Kanak2 istimewa mungkin...

Quote poyohabis 21-11-2013 02:55 PM
Dadah punya kes la ni.. Dah sangap nak dadah duit x der... Tah2 abis dah rumah diselongkar barang kemas semua dah kene gadai... Pe la nak jd gan anak melayu.. X dadah, merempit, x merempit lari dr rumah sampai hantu dipersalahkan...
Quote zwaty 21-11-2013 02:57 PM
luluhnya hati mak dia masa nak wat rport tu...
Quote p.timur3831 21-11-2013 03:01 PM
kes ni lebih kurang sama dgn kt kg aku...tapi kt kg, cucu acu parang kt nenek..mmg lps tu,nenek pi buat report n cucu ditangkap..tp yg mnyakitkn hati, 2 bulan lps tu, nenek tu sendiri pi jamin cucu dia sbb takut cucu dia balas dendam time kuar nati..adoilh.hampeh
Quote wak_karman 21-11-2013 03:04 PM
kepada anak2....
Rasululllah SAW adalah contoh kepada umat manusia

1) kerinduan Rasulullah pd ibunya sehingga beliau berkata andai beliau dipanggil ketika sedang bersolat sunat sekalipun beliau akn tetap menyahut Labbaik Ya Ummi!

2) bagaimana Rasulullulah mengahsihi ibu susuannya Halimatusaadiah hinggakan ketika beliau sedang menyampaikan tazkirah pd para sahabat dan baginda nampak ibu susuannya itu menziarahi baginda lantas baginda terus bangun dan membuka serbannya lalu menghamparkannya utk diduduki oleh ibu susuannya itu,

3) ketika ibu kepada saidina Ali yg memelihara baginda ketika kecil wafat, baginda telah memasuki liang lahad dan baring sebentar diliang itu sambil mendoakan kesejahteraan ruh ibu saudaranya kebahgian dikubur & akhirat ~ kasihsayang rasulullah pd ibu baginda & ibu susuan/saudara sgt2 mengharukan...

org yg dah tak ada ibu akan tahu.....nikmatnya beribu...
wassalam Last edited by wak_karman on 21-11-2013 03:05 PM

Quote 7sight 21-11-2013 03:05 PM
aku tgk tajuk mcm da bole agak da ganu..,
Quote 7sight 21-11-2013 03:06 PM
shelaker punye anak
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 03:06 PM
janganlah kita hisap dada
Quote RosesAre_Red 21-11-2013 03:07 PM
anak derhaka
Quote mak_wa95 21-11-2013 03:19 PM
penangan dadah....

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top