CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ugut Bunuh Ibu Sebab Ibu Solat & Mengaji

20-6-2014 04:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8182| Komen: 54

Description: Seorang Penganggur Tergamak Mengugut Mahu Membunuh Ibunya Hanya Kerana Bengang Dengan Wanita Itu Menunaikan Solat Dan Mengaji Al-Quran Setelah Mendakwa Dirinya Telah Mengamalkan Serta Bertukar Agama K ...

Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam


KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai  dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam  2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.

2

Bagus
7

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Badut.Sarkas 19-6-2014 12:48 PM
Nak masuk kristian pastu jadi terrorist lak?
Quote cmf_conan 19-6-2014 12:48 PM
kalo ikut pemahaman aku laa.. die pukul mak die sbb die marah mak die ngaji sbb pada die mak die dah tukor ke agama kristian... betui ke gitu ceritanya?? pening arrr ayat reporter skolah tak abih neh
Quote Changa 19-6-2014 12:51 PM
normal jah bagi  ummah ganu caprut ini
Quote cikmi 19-6-2014 12:52 PM
dia nak suh mak dia join jadi kapir cam dia kot
Quote tobby 19-6-2014 12:57 PM
high possibility penagih dadah atau penghidu gam kayu ni ...
Quote prettyuglybabe 19-6-2014 01:00 PM
makan tanggung berak cangkung ada hati nak pukul mak
Quote GhostWalking 19-6-2014 01:19 PM
Sila makan xanax yer dik
Quote niceghost2005 19-6-2014 01:22 PM
Badut.Sarkas posted on 19-6-2014 12:48 PM
Nak masuk kristian pastu jadi terrorist lak?

Apa tunggu lagi..................
Bley laa puak puak kristian datang berghamai ghamai utk BAIL him out.


Quote santubung 19-6-2014 01:25 PM
cmf_conan posted on 19-6-2014 12:48 PM
kalo ikut pemahaman aku laa.. die pukul mak die sbb die marah mak die ngaji sbb pada die mak die dah ...

pemahaman aku pun sama

mak dia ker dia yg tukar agama?

ikut ayah wartawan yg sekolah x abeh, mak dia yg tukar agama kristian tapi still solat & ngaji

pening!!!
Quote alinone78 19-6-2014 01:27 PM
Mu nak masuk kristian k
Buddha k
hindu k
Jangan la sampai nak ugut mak sendiri
nate mu

Quote Dewa19XKangen 19-6-2014 01:27 PM
muka segak sayang perangai.. apa da.. x mensyukuri nikmat tuhan..
Quote koondoor 19-6-2014 01:27 PM
Overdose makan apam dengan kuah ikan ni.
Quote ninjago 19-6-2014 01:28 PM
kena rasuk setan ke ape
Quote sigila 19-6-2014 01:30 PM
Sian IBU tu.......
Quote itik_kuning 19-6-2014 01:31 PM
gilo mung
Quote haryatie 19-6-2014 01:32 PM
sewel sungguh..
Quote gusikuberdarah 19-6-2014 01:36 PM
ini mesti ada suara halus berbisik kt cuping telinga nih...
Quote rosasa 19-6-2014 01:50 PM
ala2 citer tanah kubor


kesian makcik tu, penat mengandung membesarkan , dah besar caprut perangai
Quote cmf_almondpecan 19-6-2014 01:55 PM
cmf_conan posted on 19-6-2014 12:48 PM
kalo ikut pemahaman aku laa.. die pukul mak die sbb die marah mak die ngaji sbb pada die mak die dah ...

Pada pemahaman aku, sama mcm ko gak. Nampak mcm mak dia dah menganut Kristian tp masih solat dan mengaji Quran, jadi anak ni mengamuk. Mungkin sbb orang Kristian tak boleh pakai kalimah2 Arab yg dah kena ban dalam enakmen negeri kot.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.281305 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top