CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diugut Bapa Mentua, Dipukul Suami Dengan Kayu Sebab Minta Dihantar Balik

12-7-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2058| Komen: 5

Hanya kerana perselisihan faham dalam keluarga, seorang wanita berusia 30 tahun menjadi mangsa pukul dan ugutan oleh suami dan bapa mentuanya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 8 malam 3 Julai lalu ketika wanita berkenaan berada di rumah mentua dan berselisih faham dengan suaminya berusia 30 tahun kerana meminta lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah keluarganya.



Gambar hiasan

Menurutnya, selepas itu dia melarikan diri sehingga ke Jalan PJS 5/28a sebelum naik ke sebuah rumah kedai yang pintu tangganya tidak berkunci.

"Apabila sampai di tingkat dua mangsa terus masuk ke dalam sebuah bilik yang tiada penghuni dan menyorok di bawah meja.

"Selepas lebih kurang lima minit mangsa terdengar suara bapa mentua berusia 61 tahun memberi salam dan bertanya sama ada melihatnya masuk ke dalam rumah terbabit, namun penghuni rumah terbabit memberitahu tidak mengetahuinya," katanya kepada Harian Metro.


Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mentuanya kemudian masuk dan periksa dalam rumah sebelum menjumpai mangsa menyorok di bawah meja.

"Ketika itu bapa mentua pengadu ada mengatakan kepadanya untuk keluar kalau tidak dia akan mencederakan mangsa.

"Apabila mangsa keluar bapa mentua terus menghubungi suaminya dan sebaik lelaki itu tiba dia terus memukul bahu kanan isterinya dengan sebatang kayu," katanya.

Katanya, mereka kemudian membawa mangsa pulang sebelum menghantarnya ke rumah keluarga wanita itu 2 petang keesokannya.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis dan suami serta bapa mentuanya kemudian ditahan polis Isnin lalu bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 12-7-2021 02:20 PM
Kasus kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) ini, kasian sama korban.
Quote MsPercy 12-7-2021 02:23 PM
Ape la masalah yg dihadapi sampai kena pukul
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 02:32 PM
ha baguslah didikan bapak ke anak. dua2 ke laut antartika, cuma berani pukul perempuan je. ha pandai2 laa bela diri kalau kena penerajang kat dalam
Quote manehnya 12-7-2021 02:51 PM
Gila.. anak beranak gila.. tlg tangkap dua ekor ni
Quote Artemesiaa 12-7-2021 02:55 PM
Bahaya tinggal dengan keluarga mental macam tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.081464 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top