CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Tak Sampai RM10,000, PM Thailand Dermakan Gaji Tiga Bulan Kepada Rakyat

10-7-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3952| Komen: 28

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berjanji akan mendermakan gaji tiga bulan miliknya bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, lapor akhbar Bangkok Post.

Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 yang diadakan secara maya semalam. Ia disusuli keputusan serupa oleh beberapa menteri kabinet.



Kredit foto: Bangkok Post

Prayut menerima gaji bulanan berjumlah 75,590 baht (RM9,740) dan elaun sebanyak 50,000 baht (RM6,443).

Justeru, jumlah keseluruhan yang akan disumbangkan Prayut selama tiga bulan adalah sebanyak 376,770 baht (RM48,549).

Selain beliau, sekurang-kurangnya 15 lagi menteri dan ahli parlimen Thailand berikrar untuk menyumbangkan wang gaji mereka termasuk Menteri Perdagangan, Timbalan Menteri Pertanian, Menteri Pengangkutan serta ahli-ahli parlimen parti-parti politik. 


Speaker Dewan Rakyat, Chuan Leekpai berkata, ia terpulang kepada ahli-ahli parlimen untuk membuat keputusan bagi menyumbangkan gaji mereka

Ini kerana menurutnya, beberapa ahli parlimen telah pun membelanjakan jumlah lebih besar daripada  gaji masing-masing untuk membantu rakyat Thailand ketika tempoh pandemik ini.

“Ada antara mereka yang telah menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan, air minuman dan pelitup muka untuk diedarkan.

“Bantuan yang diberikan oleh mereka ini adalah lebih daripada wang tunai. Bagaimanapun, bagi yang ingin memberikan sumbangan, mereka bebas melakukannya kerana ia adalah sesuatu yang baik,” katanya. 


Sumber: Kosmo!
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-7-2021 06:15 PM
Alahmdulillah..
Raja deme guane yachh?
Quote noor2 10-7-2021 06:16 PM
Moga panjang umur PM Thailand. ...
Quote salmon-suki 10-7-2021 06:27 PM
Raja Thai ni kaya ke x sebenarnya ek?diam x berkutik apa2 pn..PM jah derma gaji{:smile
Quote Skuau 10-7-2021 06:38 PM
Msia ada 222 MP.....576 ADUN.....seluruh negara.Ada sesapa drp mereka ni dh derma drp gaji...ada tak???
Quote wirazam 10-7-2021 06:43 PM
Bagus PM nih
Quote lemanusopp 10-7-2021 06:49 PM
Perangai jauh lebih baik Dr lebai pas yg NK sgt jd menteri...kumpul harta dan Bini selagi boleh..
Orang susah langsung x peduli
Quote Lista 10-7-2021 06:59 PM
Mestilah tunjuk baik..bersepah je rakyat Thai kutuk PM, Raja diaorang kat twitter & fb dorang.
Quote namr 10-7-2021 07:01 PM
Ahlol politik malaya bila lagi
Quote tipahketipung 10-7-2021 07:04 PM
Nampak tak orang ada akhlak lobai2 oi
Bukan kasi alasan berbudaya apa lah seolah-olah rakyat berlakon susah!!

Quote harkktuih 10-7-2021 07:08 PM
Ai percaya kita juga punya menteri yg derma seluruh gaji dan elaun diam2 tanpa publisiti.. Derma kepada bini2 mereka..
Quote nazzse 10-7-2021 07:08 PM
salmon-suki replied at 10-7-2021 10:27 AM
Raja Thai ni kaya ke x sebenarnya ek?diam x berkutik apa2 pn..PM jah derma gaji{:smile

Raja baru ni dah tak dihormati rakyat dia. 100% beza dgn bapaknya. Selamat sbb ada law tak boleh hina raja tu je
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:16 PM
when orang bukan isle pun tak seperti lobai pas pis pus yang konon heslamik tapi dah lupa tujuan dan tuhan
Quote tripleid 10-7-2021 07:41 PM
[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1945123105666197/?type=3&source=54[/fbp]
Quote SPACE COP GABAN 10-7-2021 07:42 PM
namr replied at 10-7-2021 07:01 PM
Ahlol politik malaya bila lagi

Bukan ke hr tu PM sini dah umum yg menteri2 akn diambil gaji mereka selama 3 bln start julai ni msk tabung sumbangan covid bersama2 penjawat awam yg lain yg kena tolak brp percent dr gaji dorg tu..
Quote Normabaru 10-7-2021 07:46 PM
Gaji abah kaw Setakat ogos 2020 rm104k yaa... Negara kecik je.. Thai beza tp gaji pm kecik je.. Jauh beza..

Gaji menteri siap Ada pencen lps 1penggal.. Tp bising kata msia dh xde duit..

Kata xamik gaji 3bln tp elaun masih ambil ya Sekian Hehehe
Quote Normabaru 10-7-2021 07:47 PM
tipahketipung: Nampak tak orang ada akhlak lobai2 oi Bukan kasi alasan berbudaya apa lah seolah-olah rakyat berlakon susah!!


Makan megi ramai2 fakeeee!!!
Quote merrissa 10-7-2021 07:48 PM

gaji puluh2 ribu tapi sumbangan apa tarak ......sedihhhh
Quote Normabaru 10-7-2021 07:48 PM
Skuau: Msia ada 222 MP.....576 ADUN.....seluruh negara.Ada sesapa drp mereka ni dh derma drp gaji...ada tak???


Ni ujian lg ke pergi gugil dik before tny tu..

Hbs sekolah x. Hehehe
Quote salmon-suki 10-7-2021 08:17 PM
nazzse replied at 10-7-2021 07:08 PM
Raja baru ni dah tak dihormati rakyat dia. 100% beza dgn bapaknya. Selamat sbb ada law tak boleh h ...

Ooo.. failed jgk kaa raja baru ni?dulu2 selalu dimomokkan dgn daulat raja Thai ni... sapa2 nak jmpe kena jalan seret2 tu..alahaiii.. useless jgk dah laa ek..mcm raja2 kt sini jgk laa ye

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064900 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top