CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Takut, Rossa Trauma Nak Kahwin Lagi

10-7-2021 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4260| Komen: 14

Penyanyi Datuk Seri Rossa, 42, tidak pasti sama ada dia trauma untuk berumah tangga semula disebabkan kegagalan perkahwinan terdahulu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti itu mengakui timbul kebimbangan dalam diri apabila memikirkan mengenai perkahwinan selepas bergelar ibu tunggal selama 12 tahun.


"Saya tak tahu sama ada saya trauma. Saya juga banyak berfikir, takut ini, takut itu," katanya.


Kredit foto: IG Rossa

Rossa mengakui dia selesa dan seronok menikmati kehidupan solonya sekarang. Jadi, dia belum terdetik langsung untuk kembali bersuami.

"Mungkin suatu hari nanti akan bernikah lagi. Kalau sekarang tidak, belum terfikir pun," katanya.

Dia bagaimanapun tidak menolak untuk berkahwin semula jika ditemukan jodoh tepat suatu hari nanti.

"Kalau sudah ada jodoh, ya saya akan yakin sajalah. Tidak kisahlah bila pun, semoga Allah memberikan saya jodoh yang terbaik," katanya.


Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau Yoyo pada 2004.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Rizky Langit Ramadhan.

Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk bercerai pada 14 Julai 2009 selepas lima tahun bersama.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 10-7-2021 06:24 PM
Eh.. dia ingt dia kwin dgn afgan tu.. bkepit belaga pipi bagai
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:18 PM
nggap papaaaa dehhhh. kamu masih cantik mbakkkkk. atau kamu menunggu sang cowok sugih untuk melamar? yaa udahhh
Quote Tinot7 10-7-2021 08:25 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote sapeka 11-7-2021 07:14 AM
Kenapa kena bagi tau?
Quote SweetRehan 11-7-2021 09:46 AM
Kadang hidup solo lebih bahagia dr ada pasangan...xyah pening kepala..
Quote mamajawie 11-7-2021 10:25 AM
Ingatkan shiha zikir tadi..haha
Quote Orix 11-7-2021 10:57 AM
Sekali dia kawin dgan jagong……. Kihkihkih
Quote tokchik 11-7-2021 03:08 PM
Bukan ke tgh merapat dgn si Afghanistan.

Ari Tu Aku tgk diyoutube
DLM rumh berkasut.
Ada Bela anjing
Quote julia5094 11-7-2021 06:56 PM
Cantik la pulak baju rosa tu..
Quote fahdramli 11-7-2021 06:56 PM
tokchik replied at 11-7-2021 03:08 PM
Bukan ke tgh merapat dgn si Afghanistan.

Ari Tu Aku tgk diyoutube

Afghan kan yang bela anjing tu, takkan rossa bela anjing, dia hajah kot hahaha macam nia ramadhani jugak, hajah tu
Quote gummiebear 11-7-2021 07:34 PM
Lohh ingatkan mbak rossa ni jadian sama afgan
Quote misuke 11-7-2021 11:12 PM
Teruskan je la trauma ko tu...afghan kasi kat i
Quote purpler 15-7-2021 11:22 AM
ntahlah, kadang2 tgk dia lagi sesuai dgn yoyo daripada si afghan tu...
yoyo pun tak kawin2 sampai skrg...
tapi respek dgn rossa sbb dia masih kawan baik dgn ex suami dia...
dlm arilasso show dia kata setiap kali ada bf, dia akan bagitau yoyo dulu...
kdg2 dia pinjam pembantu rumah yoyo kemaskan rumah dia...
dgn afghan tu nampak dia try hard nk nampak muda & tak serius sgt...
Quote Cik_jantung 15-7-2021 11:45 AM
Klu kawen dgn afgan lepas brp tahun dah beruban.. camano. Tp klu jodoh manala tau kan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.173709 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top