Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat menegaskan penggunaan senjata api ketika melakukan kawalan terhadap pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie merupakan sebahagian daripada prosedur melindungi anggota keselamatan dan tertuduh.
CNN Indonesia melaporkan, sebelum itu, peguam kepada Nia dan Ardi, Nur Zainab menilai penggunaan senjata api itu sebagai berlebih-lebihan. “Kawalan tertuduh dengan penggunaan senjata api itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) dari kami, selain melindungi anggota keselamatan dan tertuduh,” tegas Ketua Unit Siasatan Narkotik, Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat, Komisioner Indrawienny Panjiyoga. Menurut beliau, tiada masalah jika Nia dan suaminya melayangkan protes terhadap penggunaan senjata api tersebut. Nur Zainab sebelum ini mendakwa penggunaan senjata api ketika mengawal anak guamnya sebagai ketertaluan. “Tak perlulah guna senjata api," tegasnya.
Aktres terkenal Indonesia itu dan suaminya didakwa mula mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu. Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat. Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap. Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan Rabu lalu di Pondok Indah, Kebayoran Baru. Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu. Sumber: Utusan
|
Normabaru: Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjaraKlu msia.. Retis mendadih klu lawa kaya mcm nia..kj ...
MissVixen: Benji tu dekat malaysia terlepas. Nasib la kena di indon. Kita punya ahli politik pun aman2 je walaupun ada kes rasuah besar. Indon caprut pun lagi be ...
Normabaru replied at 10-7-2021 05:36 PM
Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjar ...
dua_chzy replied at 10-7-2021 05:42 PM
Retis tersebar bidyo porn pun kena penjara.
Fly_over replied at 10-7-2021 05:46 PM
retis privilege sgt kt malaysia ni. dr dulu kala nfa jela kes retis.
Normabaru replied at 10-7-2021 05:36 PM
Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjar ...
Skuau replied at 10-7-2021 06:07 PM
yg peliknya...indon ramai yg nak 'hijrah' ke Msia walau 'buruk'...rakyat Msia pulok....bila nak ...
Normabaru replied at 10-7-2021 06:11 PM
Bila masa kaka kata indon tu baik???..
Rakyat dia dtg sini sbb nk cpt kaya.. Tp jati diri dorg ...
Fly_over replied at 10-7-2021 05:46 PM
retis privilege sgt kt malaysia ni. dr dulu kala nfa jela kes retis.
ellejo: nia ramadhani je pun. memang keterlaluan. ko baling je buah salak kat dia kompem dia menjerit
ADVERTISEMENT