Mungkin ramai sudah lupa Fendi atau nama sebenarnya Fandi Bin Muhammad merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan dengan Shuk Sahar. Walaupun namanya tidak gah seperti sahabat baiknya, kini Fendi semakin mendapat tempat bersama beberapa penerbit TV, sebagai hos masakan. Mula dikenali sebagai hos masakan Dapur Bujang, katanya semuanya bermula, bila setelah gagal menyertai Masterchef. "Ada seorang produser menawarkan saya untuk jadi hos sebuah program masakan dengan konsep bajet bawah RM10 untuk dua resepi. Tapi selepas berbincang dan kebetulan saya pula bujang, jadi kami namakan program tersebut sebagai Dapur Bujang. Kalau tidak silap saya pada tahun 2013," ujar bekas ahli kumpulan Balas itu dipetik Rasa.
Katanya, dia mula belajar memasak seawal usia 10 tahun setiap kali pulang dari sekolah kerana tiada pilihan lain untuk mengisi perutnya dan dua adik yang lain. "Mak saya pesan, dalam peti ais ada macam-macam, ada ikan, udang, ayam, daging dan sayur, balik sekolah masak. Kalau mak masak nanti sejuk, tak sedap bila nak makan," dedahnya yang turut mengakui pengalaman itu adalah guru terbaiknya dalam bidang masakan. Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengakui sepanjang bergelar tukang masak secara aktif, sesuatu yang membanggakan dan menyentuh perasaannya bila ada orang yang berjumpa dengannya mengatakannya mereka sudah mencuba resepinya di Dapur Bujang dan ada juga yang terkejut bila anak bujangnya boleh memasak dek menonton Dapur Bujang. Dapur Bujang merupakan program santai dan mudah difahami di salah satu TV berbayar, selain itu program itu juga dapat ditonton di Youtube dan hampir ratusan ribu menonton. Kini program Fendi adalah Air Tangan Chef terbitan TV3 dan beliau kini aktif menulis buku Resipinya.. Siapa jangka suatu hari nanti Fendi boleh setanding Chef Wan kan. Betullah orang kata Rezeki Tak Salah Alamat. - CARI
|
nsagb: Ya awlohh gambo no 2 tu shuk sebijik betul ya dgn akak rambut color mengamuk dgn guard satu masa dulu..{:smile
fofuler: Pernah ikut reesepi dia masak masa dapur bujang dulu, mudah dan menjadi. Terima kasih fendi hang memang baguih bab masakan simple ni!
fofuler replied at 9-7-2021 08:59 AM
Pernah ikut reesepi dia masak masa dapur bujang dulu, mudah dan menjadi. Terima kasih fendi hang mem ...
ADVERTISEMENT