CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyra Hazali Rahsia Punca Dibedah

8-7-2021 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4338| Komen: 15

Description: Pelakon Eyra Hazali terpaksa menjalani pembedahan membabitkan tulang belakang, Isnin lalu tanpa kehadiran suami, Muhammad Haziq Nadzli.
Pelakon Eyra Hazali terpaksa menjalani pembedahan membabitkan tulang belakang, Isnin lalu tanpa kehadiran suami, Muhammad Haziq Nadzli.

Ia disebabkan Haziq yang juga penjaga gol JDT kini berada di Bangkok, Thailand untuk saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).


Eyra, 22, atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata, anaknya Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun dijaga ibu bapa dan adik-beradiknya.


Foto: IG

"Kebetulan suami berada di Thailand untuk ACL. Ikutkan memang nak tunggu dia balik sini baru saya buat pembedahan. Namun, saya dah tak dapat nak menahan sakit. Itu yang teruskan saja pembedahan tanpa dia.

"Sementara saya di hospital dan suami di Thailand, Hayder dijaga oleh adik beradik dan ibu bapa saya. Sebenarnya, ini kali pertama untuk Hayder terpaksa berjauhan dengan saya dan suami. Saya bersyukur kerana ada yang menjaga dan melayan dia," katanya.


Berkongsi mengenai pembedahan yang dibuat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur itu, Eyra berkata, dia kini berada dalam keadaan baik dan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut.


"Saya perlu jalani pembedahan berkaitan dengan tulang belakang, tapi saya memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kerana ia peribadi. Biarlah hanya saya dan keluarga saja tahu.

"Saya dimasukkan ke wad pada Isnin dan petang itu juga saya menjalani pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keadaan saya sekarang okay, tapi masih berada di hospital. Belum pasti bila boleh dibenarkan pulang, " katanya.



Terdahulu Eyra berkongsi hantaran video 'boomerang' yang memaparkan dirinya memakai baju pesakit hospital serta keterangan gambar ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.

Perkongsian Eyra itu mendapat lebih 310,000 tontonan selain ucapan yang mendoakan kesihatan dirinya dalam kalangan peminat dan selebriti. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 8-7-2021 05:13 PM
Teringat pulak zaman hashtag pahlawan negara ke ape ntah.. Padahal laki dok bangku simpanan jdt je..
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 05:24 PM
baru 22 ke??? muka macam baya2 aku
Quote Asdira 8-7-2021 05:31 PM
Tak nak kongsi kenapa operate tulang, tak yah buat  status ig..
mengundang betul la
Quote miszclassique 8-7-2021 06:07 PM
Boleh geng dengan almy ni... Lepas beranak terus dipam pam badannyer, so mmg dah confirm tak berlakon lagi la ni kan
Quote bedahmenjuyah 8-7-2021 06:12 PM
Sapo ni tak kenal? Rahsia tp bercerita. Puihh
Quote febreze 8-7-2021 07:09 PM
kena jaga kesihatan..nk pakai lama..laki footballer ni kuattt nafsu batin nyaa…klu sakit, susah nak layan, dia makan luarr… huhu byk je nyah2 yg menungguu tuu …laki helokkk kot ahaksss
Quote Carcosa 8-7-2021 10:20 PM
Ada aku kesah?? Dulu kemain declare "Tau tak pemain bola ni PEJUANG NEGARA?"
Pejuang Negara nenek lu! Setakat pemain simpanan, then berjuang utk poket sendiri. Puiiii utk negara.
Kau ilang tulang blkg ke, tulang blkg kau terbang ke, ada aku kesah? Nak cerita, tp taknak cerita. Muka dahla tua. Pegi jalan sama lu. Satu keluarga berwajah desa.
Quote LadyCarefree 8-7-2021 11:00 PM
Pulak dah. Nak rahsia, rahsia saja lah.

Btw, pengunaan kebetulan yg salah. Ko sekolah ke tak?
Quote LadyCarefree 8-7-2021 11:01 PM
nakkomenjugak: baru 22 ke??? muka macam baya2 aku



Nampak tua 30an
Quote haruslah 8-7-2021 11:05 PM
AKAZ85 replied at 8-7-2021 05:13 PM
Teringat pulak zaman hashtag pahlawan negara ke ape ntah.. Padahal laki dok bangku simpanan jdt je.. ...

Player dulu zaman semi pro boleh la sebut pejuang negara
Yg skrg, pejuang poket sendiri dan mustang jer la
Buat ape main penat2 kalau duduk simpanan pun gaji masyukkk
Quote AshkieLa 9-7-2021 09:45 AM
tak nak citer takyah laa up kat spital dgn gambar baju ward n katil semua tu...
dok diam2 je sampai dah keluar wad dah sihat semua sendiri2 dgn family...
laki pun jadi simpanan je.. sibuk gak nak up konon busy kat ACL yg takat 2nd tercorot dlm grouping.

dia ni selalu up fefeeling org nak tahu pasal dia.. family dia..
ko bukan level ctdk, fazura, or erra fazira dek..
ko nak cecah level vida troye yg BBNU suka tu pun lambat lagi...
bawak2 sedar diri....
Quote bluebutter 9-7-2021 10:05 AM
febreze: kena jaga kesihatan..nk pakai lama..laki footballer ni kuattt nafsu batin nyaa…klu sakit, susah nak layan, dia makan luarr… huhu byk je nyah2 yg men ...

Yelah kan. Budak umur 22 muka badan still fresh. Ini dah macam lunyai kena 'belasah' selalu. Orang byk tutttt boleh tgk dari segi badan or muka letih.
Quote NonaNaga 12-7-2021 04:13 AM
miszclassique replied at 8-7-2021 06:07 PM
Boleh geng dengan almy ni... Lepas beranak terus dipam pam badannyer, so mmg dah confirm tak berlako ...

Ngikut gen omak eh kot, omak eh tu kan cuby2 pelakon tambahan2 gitu
Quote lanse 12-7-2021 04:51 AM
Baru umur 22. Muda lagi. Ingat awal 30 an.
Quote mendeluk 12-7-2021 04:56 AM
AshkieLa replied at 9-7-2021 09:45 AM
tak nak citer takyah laa up kat spital dgn gambar baju ward n katil semua tu...
dok diam2 je sampai ...

fazura pun takde sgat org nak kenan nak tahu lah. artis sendu. ctdk yes. anak laki baru lahir pun semua nak tahu haha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068815 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top