"Saya tak berminat dengan dunia politik,bukan kepakaran saya. Tapi bila nama Allah digunakan dan dipersoalkan, saya tak setuju dan saya tak suka!! Ada banyak cara dan bahasa yang lebih baik." Demikian hantaran Erra Fazira di Instagram susulan kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara. Tambah Erra, dia tidak bersetuju jika pihak tertentu menyalahgunakan nama Allah atas kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun di ruangan komen, pelakon Abby Abadi menulis agar rakyat Malaysia untuk peka dan mengambil tahu mengenai urusan pentadbiran negara
Abby turut mempertahankan kenyataan Lim Ki Siang mengenai isu ???Kerajaan Allah???, dan berpendapat pemimpin itu tidak mempermainkan nama Allah. Dalam pada itu, tinjauan mendapati hantaran Erra mengenai isu tular kalimah Allah itu telah dipadamkan. Pada masa sama, dipetik dari Malaysiakini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu telah menarik balik kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya sebelum ini dan memohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu. Terdahulu, Lim mempersoalkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Covid-19 ujian Tuhan dan hanya Kerajaan Allah boleh menyelesaikannya. - CARI |
Fly_over replied at 8-7-2021 03:47 PM
abby dah lompat parti ke? bukan dulu lobainita pas?
irish_ieka replied at 8-7-2021 01:20 PM
hek elehhhh yebby ni acah2 good. menyampah plak aku bile tgk cerita rumah 107 tu yg yebby ckp ex die ...
bakingsoda replied at 8-7-2021 04:27 PM
dah berzaman weh dia ngan PH
ninjago replied at 8-7-2021 02:26 PM
abby dah kurus ke tu?
ADVERTISEMENT