CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlee Khairi Tak Tahu Nak Kata Apa Jika Bulan Depan Tak Boleh Kerja Lagi

8-7-2021 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3558| Komen: 12

Pelakon, Azlee Khairi mengakui dirinya kini terpaksa bergantung penuh dengan duit simpanannya memandangkan dia kini sudah hampir dua bulan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.

Memetik laporan Harian Metro, Azlee mendedahkan segala aktiviti seninya telah pun dihentikan lebih awal memandang salah seorang pelakon ketika sedang menjayakan sebuah projek didapati positif Covid-19.


Kredit foto: IG Azlee

“Sebenarnya dua minggu sebelum PKP 3.0 lagi, aktiviti penggambaran drama Saya Tunggu Awak yang saya bintangi sudah dihentikan kerana salah seorang pelakonnya, Puteri Sarah disahkan positif Covid-19.

“Namun, tak sangka pula kes jangkitan setiap hari meningkat hingga sekarang dan kita masih tidak dibenarkan bekerja dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, Azlee turut memaklumkan dirinya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para penggiat seni yang lain terutamanya buat kereka yang berkhidmat di belakang tabir.


“Namun, yang saya paling kasihan sekarang ialah pekerja produksi kerana kebanyakan mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan aktiviti kerja penggambaran.

“Ditambah, kos hidup sekarang pun agak tinggi,” katanya lagi.

Pelakon drama, Hari Kita Jatuh Cinta itu turut mendedahkan dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran drama memandangkan komitmennya bersama drama lain masih lagi belum tamat.



“Untuk saya sendiri pun, jika bulan depan masih tidak lagi dibenarkan bekerja memang tak tahu nak kata apa.

“Tak boleh fikir apa akan jadi dan kini hanya mampu berharap semoga ada sinar untuk kita semua keluar dari belenggu pandemik ini,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 8-7-2021 10:02 AM
lain kali jangan jadik retis. Jadik abe gomen. *larikkkkkkk*
Quote alieyrina 8-7-2021 10:04 AM
Belakon ni buat side income ja bhaii. Baik hg keja opis. Asalkan bulan2 masuk gaji
Quote Thunderclouds 8-7-2021 10:14 AM
Betul kata porumer2 kt atas nuh. Carik keja hakiki. Blakon ni wat side income ja. Menda ni ada pasang surut.
Quote bedahmenjuyah 8-7-2021 10:44 AM
Kalau job tak putus, manjang jd hero ok je. Tp kena la ada plan B, buat biz. Kalau tak pandai cari la partner yg semenggah.
Quote bulalof 8-7-2021 10:46 AM
fail la mamat ni....
Quote arffa 8-7-2021 10:50 AM
bila pandemik ni pengajarsn buat semua supaya kekalkan lifestyle yang sederhana even pendapatan kita lumayan. artis pun boleh start buat caruman kwsp dan simpan at least untuk 6 bulan pendapatan. Selagi laku cari duit, simpan dan cari partner yang sederhana jangan harap cantik tapi gold digger.
Quote kwekkwek 8-7-2021 11:43 AM
ramai yang terkesan
Quote hashashes 8-7-2021 11:52 AM
Nasib baik ada simpanan. Tapi kalau bukit ditarah hari2 pun boleh gondol. Aku pun taktau lah nak cakap apa lagi dari pkp ke pkpd kes daily tak turun gak, semalam 7000++
Quote irvene 6-1-2022 08:13 PM
adakah dia ni sudah kawen baru & dapat baby boi?
Quote amjess 19-1-2022 03:05 PM
irvene replied at 6-1-2022 08:13 PM
adakah dia ni sudah kawen baru & dapat baby boi?

Kenapa aku pun rasa benda yg sama..kawen senyap2 ke
Quote irvene 19-1-2022 06:58 PM
amjess replied at 19-1-2022 03:05 PM
Kenapa aku pun rasa benda yg sama..kawen senyap2 ke

kawen senyap2 la tu. wartawan pun tak dpt korek lagi ????
Quote amjess 19-1-2022 07:01 PM
irvene replied at 19-1-2022 06:58 PM
kawen senyap2 la tu. wartawan pun tak dpt korek lagi ????

Dah lama kot kawen tu..nmpk mcm dah ada baby..kt ig story dia tu..wartawan xkorek sbb tak popular kot..huhuhu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057065 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top