View: 2930|Reply: 12
|
Azlee Khairi Tak Tahu Nak Kata Apa Jika Bulan Depan Tak Boleh Kerja Lagi
[Copy link]
|
|
Pelakon, Azlee Khairi mengakui dirinya kini terpaksa bergantung penuh dengan duit simpanannya memandangkan dia kini sudah hampir dua bulan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.
Memetik laporan Harian Metro, Azlee mendedahkan segala aktiviti seninya telah pun dihentikan lebih awal memandang salah seorang pelakon ketika sedang menjayakan sebuah projek didapati positif Covid-19.
Kredit foto: IG Azlee
“Sebenarnya dua minggu sebelum PKP 3.0 lagi, aktiviti penggambaran drama Saya Tunggu Awak yang saya bintangi sudah dihentikan kerana salah seorang pelakonnya, Puteri Sarah disahkan positif Covid-19.
“Namun, tak sangka pula kes jangkitan setiap hari meningkat hingga sekarang dan kita masih tidak dibenarkan bekerja dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Azlee turut memaklumkan dirinya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para penggiat seni yang lain terutamanya buat kereka yang berkhidmat di belakang tabir.
“Namun, yang saya paling kasihan sekarang ialah pekerja produksi kerana kebanyakan mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan aktiviti kerja penggambaran.
“Ditambah, kos hidup sekarang pun agak tinggi,” katanya lagi.
Pelakon drama, Hari Kita Jatuh Cinta itu turut mendedahkan dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran drama memandangkan komitmennya bersama drama lain masih lagi belum tamat.
“Untuk saya sendiri pun, jika bulan depan masih tidak lagi dibenarkan bekerja memang tak tahu nak kata apa.
“Tak boleh fikir apa akan jadi dan kini hanya mampu berharap semoga ada sinar untuk kita semua keluar dari belenggu pandemik ini,” akhirinya.
Sumber: Media Hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali jangan jadik retis. Jadik abe gomen. *larikkkkkkk* |
|
|
|
|
|
|
|
Belakon ni buat side income ja bhaii. Baik hg keja opis. Asalkan bulan2 masuk gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Betul kata porumer2 kt atas nuh. Carik keja hakiki. Blakon ni wat side income ja. Menda ni ada pasang surut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau job tak putus, manjang jd hero ok je. Tp kena la ada plan B, buat biz. Kalau tak pandai cari la partner yg semenggah. |
|
|
|
|
|
|
|
bila pandemik ni pengajarsn buat semua supaya kekalkan lifestyle yang sederhana even pendapatan kita lumayan. artis pun boleh start buat caruman kwsp dan simpan at least untuk 6 bulan pendapatan. Selagi laku cari duit, simpan dan cari partner yang sederhana jangan harap cantik tapi gold digger. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik ada simpanan. Tapi kalau bukit ditarah hari2 pun boleh gondol. Aku pun taktau lah nak cakap apa lagi dari pkp ke pkpd kes daily tak turun gak, semalam 7000++ |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dia ni sudah kawen baru & dapat baby boi? |
|
|
|
|
|
|
|
irvene replied at 6-1-2022 08:13 PM
adakah dia ni sudah kawen baru & dapat baby boi?
Kenapa aku pun rasa benda yg sama..kawen senyap2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
amjess replied at 19-1-2022 03:05 PM
Kenapa aku pun rasa benda yg sama..kawen senyap2 ke
kawen senyap2 la tu. wartawan pun tak dpt korek lagi ???? |
|
|
|
|
|
|
|
irvene replied at 19-1-2022 06:58 PM
kawen senyap2 la tu. wartawan pun tak dpt korek lagi ????
Dah lama kot kawen tu..nmpk mcm dah ada baby..kt ig story dia tu..wartawan xkorek sbb tak popular kot..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|