CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dakwa Disuntik Vaksin Kosong Di Hospital Banting

7-7-2021 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24602| Komen: 189

SHAH ALAM – Seorang individu terkejut apabila mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan suntikan di Hospital Banting, dekat sini semalam.

Menurut laporan polis yang tular di laman media sosial, individu berkenaan mendakwa dia menerima suntikan itu pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.

Katanya, sebaik selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.

Foto: Titktok

“Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu yang tidak mempunyai apa-apa vaksin,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, individu berkenaan pergi semula kepada pihak terbabit dan bertanyakan lebih lanjut sambil menunjukkan rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa telah memberikan suntikan vaksin membuatkan dia kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.

“Saya kembali semula kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntkan yang diberikan adalah kosong.

“Selepas itu mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut lalu memberikan suntikan sekali lagi dan meminta saya memadamkan video berkenaan sebelum menerima vaksin,” ujarnya.

Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial menggunakan nama Simon Ng sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 7-7-2021 02:21 PM
Kalau picagari tu kosong bukan bahaya ke udara masuk dalam vein Kita?
Quote Firenzza 7-7-2021 02:24 PM
Lps ni diorg x bagi lg amik gmbr video bagai....padan muka korang x dpt nk berlagak dh cucuk beksin
Quote zamzam 7-7-2021 02:25 PM
Boleh buat video eh masa kena cucuk tu? Masa aku pi cucuk terpampang tulis X video X camera siap ada announcement lagi. Sampai aku lupa nak snap Saya sudah di vaccine kat ruangan khas.
Quote depresio 7-7-2021 02:26 PM
Mana videonya
Quote Clan204 7-7-2021 02:28 PM
Rogue98 replied at 7-7-2021 02:21 PM
Kalau picagari tu kosong bukan bahaya ke udara masuk dalam vein Kita?

vaksin bukan suntik dalam urat.
Quote anony-mous 7-7-2021 02:31 PM
Kosong ke xnmpk sb transparent? Sblm cucuk kan staff kena tnjuk dlu vaksin tu
Quote bakingsoda 7-7-2021 02:32 PM
Rogue98 replied at 7-7-2021 02:21 PM
Kalau picagari tu kosong bukan bahaya ke udara masuk dalam vein Kita?

kann sbb tu kalau ada air bubble pon kena jentik2 sikit syringe tu biar naik ke atas dan picit keluar. gila ke ape suntik kosong
Quote None68 7-7-2021 02:34 PM
Nak cari duit tepi ke tu?
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:36 PM
pernah kerja klinik time muda rumaja dulu. selalu keluar bubble sebelum nak suntik. dia ada nampak tak sebelum tu?
Quote CatMiow 7-7-2021 02:37 PM
Pening dah kot,  sebab banyak kerja.

Dorng ni memang selalu pening2 lalat,  terutama kat swab.  Yg call bagi tau semua dtng,  tak yah kuarantin.  Sampai ttmpt swab,  pelik napa tak yah kuarantin.

Satu kes lagi kena swab hidung mulut,  sampai je,  kena bg hidung je,  dh tu panggil balik sebab salah,  kena swab mulut gak. Nasib tak ramai orng.

Apa pun bika jadi kat ppv,  memang bahaya la.  Len kali sebelum ambik jab tu borak2 juga sambil tengok picagari ada isi ke tak.
Quote lasagnaklcc 7-7-2021 02:37 PM
Serious ke dpt 2 kali vaccine?
Quote twins 7-7-2021 02:37 PM
Rogue98 replied at 7-7-2021 02:21 PM
Kalau picagari tu kosong bukan bahaya ke udara masuk dalam vein Kita?

betul... setau sy pun mcm tu.. sbb tu doc akan tekan bg keluar sikit vaksin/ubat dalam picagari untuk elak angin dari masuk dalam urat.  Sy "berat hati" nak percaya apa yg orang ni dakwa... sebab mcm tak logik...   suntik kali ke dua ?  biar betul..?  buatnyer ter over dose..terlentang kat situ baru tau....
Quote famri7 7-7-2021 02:40 PM
Apa ko ingt veksing tu warna hijau neon ke mcm antivak anak lembu duduk pungpang2?..gigih rekod nampt sngt sesuatu cyst.
Quote syadq 7-7-2021 02:56 PM

Ni videonya. Aku nampak macam tak kena cucuk pon, macam syringe tu belakang lengan jah.


[youtube]uquiqgz7OJc[/youtube]
Quote talapia 7-7-2021 02:57 PM
famri7 replied at 7-7-2021 02:40 PM
Apa ko ingt veksing tu warna hijau neon ke mcm antivak anak lembu duduk pungpang2?..gigih rekod namp ...

kalau ikut apa yg ditulis tu... dia perasan jarum tu tak ditekan.. bukan sebab syringe tu kosong ke apa..

Quote ninjago 7-7-2021 03:00 PM
sempat pulak dia nak rekod eh. sussy kat situ.
Quote mikasa 7-7-2021 03:02 PM
Kalau berdasarkan mata aku pun macam C- ringe tu kosong
Mungkin jarum dicucuk tapi dia tak tekan masuk cecair sebb memang tak sampai hujung. Masyak laa ko MA Misi atau Doktor yg cucuk
Quote mikasa 7-7-2021 03:03 PM
ninjago replied at 7-7-2021 03:00 PM
sempat pulak dia nak rekod eh. sussy kat situ.

Boleh pulak rekod. Skrg byo tempat, tsk boleh ambik gmbr atau video
Quote ninjago 7-7-2021 03:08 PM
mikasa replied at 7-7-2021 02:03 PM
Boleh pulak rekod. Skrg byo tempat, tsk boleh ambik gmbr atau video

klu kt IDCC tu dorg allowed pulak sbb i tgk youtuber shaz zainuddin tu siap mintak izin lagi ckp nk rekod, org tu jawab takpe.

tapi mmg pelik kes nie. ntah ye ntah tak.

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058416 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top