SHAH ALAM – Seorang individu terkejut apabila mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan suntikan di Hospital Banting, dekat sini semalam.
Menurut laporan polis yang tular di laman media sosial, individu berkenaan mendakwa dia menerima suntikan itu pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.
Katanya, sebaik selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.
Foto: Titktok
“Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu yang tidak mempunyai apa-apa vaksin,” katanya.
Bagi mendapatkan kepastian, individu berkenaan pergi semula kepada pihak terbabit dan bertanyakan lebih lanjut sambil menunjukkan rakaman video berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa telah memberikan suntikan vaksin membuatkan dia kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.
“Saya kembali semula kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntkan yang diberikan adalah kosong.
“Selepas itu mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut lalu memberikan suntikan sekali lagi dan meminta saya memadamkan video berkenaan sebelum menerima vaksin,” ujarnya.
Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial menggunakan nama Simon Ng sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya. -CARI
Post time 7-7-2021 02:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh buat video eh masa kena cucuk tu? Masa aku pi cucuk terpampang tulis X video X camera siap ada announcement lagi. Sampai aku lupa nak snap Saya sudah di vaccine kat ruangan khas.
Post time 7-7-2021 02:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pening dah kot, sebab banyak kerja.
Dorng ni memang selalu pening2 lalat, terutama kat swab. Yg call bagi tau semua dtng, tak yah kuarantin. Sampai ttmpt swab, pelik napa tak yah kuarantin.
Satu kes lagi kena swab hidung mulut, sampai je, kena bg hidung je, dh tu panggil balik sebab salah, kena swab mulut gak. Nasib tak ramai orng.
Apa pun bika jadi kat ppv, memang bahaya la. Len kali sebelum ambik jab tu borak2 juga sambil tengok picagari ada isi ke tak.
betul... setau sy pun mcm tu.. sbb tu doc akan tekan bg keluar sikit vaksin/ubat dalam picagari untuk elak angin dari masuk dalam urat. Sy "berat hati" nak percaya apa yg orang ni dakwa... sebab mcm tak logik... suntik kali ke dua ? biar betul..? buatnyer ter over dose..terlentang kat situ baru tau....
Post time 7-7-2021 03:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau berdasarkan mata aku pun macam C- ringe tu kosong
Mungkin jarum dicucuk tapi dia tak tekan masuk cecair sebb memang tak sampai hujung. Masyak laa ko MA Misi atau Doktor yg cucuk