CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Hari Ini Cermin Tercabut, Sebelum Ini Cornish,"-Awal Ashaari Risau Rumah Runtuh

7-7-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23392| Komen: 117

Description: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak berpuas hati apabila terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan dalaman rumah gara-gara proses pengubahsuaian yang tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawala ...
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak berpuas hati apabila terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan dalaman rumah gara-gara proses pengubahsuaian yang tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, suami kepada pelakon Scha Alyahya itu meluahkan rasa kesal apabila kerosakan yang berlaku itu bukan kecil, tetapi turut melibatkan beberapa bahagian penting dalam rumahnya.


Foto: IG

“Hari ini cermin tercabut, sebelum ini Cornish (bahagian pada siling) jatuh, kayu-kayu semua dah merekah. Lepas habis PKPD ini rumah runtuh agaknya,” tulisnya.

Dalam Instastory yang sama, Awal turut menjelaskan banyak kerosakan berlaku sekiranya proses pengubahsuaian tergendala lama dalam tempoh yang lama.


Kredit foto: Kosmo

“Panas, sejuk, panas, lembap tapi tidak ada orang duduk. Pintu kabinet semua sudah membengkok sebab lama terbiar.

“Siapa yang kena tanggung semua ni? Owner (pemilik) juga,” ujarnya. -CARI




Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 7-7-2021 02:22 PM
Abis disebabkan ko nk kene bg semua urusan berjalan ke?
Quote ninnamina 7-7-2021 02:24 PM
Ape update kes saman dia dengan kontraktor lama dia tu ek..
Quote nazzse 7-7-2021 02:24 PM
Edited by nazzse at 7-7-2021 06:38 AM

Lyla comel. Geram betul acik tengok.

Kku aku rumah tak siap2 pun sakit hati. Dah lama sgt rumah baru dia ni under construction.
Quote kualibesi 7-7-2021 02:26 PM
so basically, rmh die duduk dkt acik ritrud tuuuu rmh lama or yang nak dijual? sbb xslp dulu dlm iproperty ad rumah die iklan nak jual
Quote bakingsoda 7-7-2021 02:27 PM
ko nak salahkan pkp ke kontraktor? kalau pkp alahaiiiii mcm ko je la terkesan? ingat orang lain sampai hilang keje bisnes kena katup rasa gembira ke? kang orang doa jatuh tersembam sampai kena kibar bendera putih baru ko tauuu!
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:43 PM
bertabah jela nokkkkk. jual kete tu ha
Quote doubleharmonic 7-7-2021 02:47 PM
sebenarnya nak menayang rumah kayangan ko tu jah kan?
Quote dudaberhias 7-7-2021 02:48 PM
ni hasil dari kontraktor lama ke baru?
kalau dah tukar yang baru masih macamni rasanya memang rumah tersebut tidak layak di duduki... alam dah bagi petunjuk agittew...

tak payah la gigih2 renovate rumah awal ooi... duduk je lah seadanya kalau dah gitu juga hasilnya...

dah tu takkan nak tunggu macam nenek kokdiang dah berkurun tahun dah pun tapi masih tak siap2 pun istana kokdiang dia tu??? yang nampak background wallpaper istana kokdiang jah tu pun gigih kena menyewa..
Quote tipahketipung 7-7-2021 02:51 PM
Edited by tipahketipung at 7-7-2021 06:57 AM

Banyak sangat dugaan mamat ni.
Duit panas ke tuuu?
Kadang2 takde keberkatan sebab hasil dan sumber duit/rezeki yang kau dapat tu bukan betul2 syariah compliance.Cer scan balik isi umah kau duit hasil tu dri mana?
Kot ada berbaur campor gaul dengan maksiat ke idok?Dah boleh dah kot dekat2 kan diri dengan madrasa deduah laki bini ni.



Quote sukacactus 7-7-2021 02:54 PM
Cornish ke cornice
Cornish ni bkn mcm kaum cornish kat UK sana ke
Paling biasa dgr cornish pie
Kalau cornice ni aku tau la yg letak kat siling tu
Quote mesmerize 7-7-2021 02:59 PM
apasal low quality sangat barang2 kat rumah dia? baru setahun kot pasang? rumah akak punya cabinet yang guna melamin aje pun 10 tahun tak runtuh2 lagi
Quote Delifrance 7-7-2021 03:03 PM
Kat mana umah dia ni?
Quote haruslah 7-7-2021 03:12 PM
Ramaj je marhain pun meroyan pasal rumah ni tertangguh....tp sebab bukan retis, org x kisan x kecam...
I punya slab baru pasang kayu papan lapis...dah Pkp pkpd lockdown...bumbung lama dah bukak...abis la siling pun basah kembang....
Kwn i renovate depan hall pun dah tgantung...dah la pintu pun x pasang lg, tingkap xde. Tinggal gitu jer...kesian kawan tu sampai tpaksa pindah rumah, sementara. Soalnya brp lama nak sewa?
Quote AshkieLa 7-7-2021 03:43 PM
kesian la jugak..
tapi nak wat camaner..
bukan ko je kena..
marhaen pun ramai yg renovate rumah jadi terbengkalai ni..
bertabahlah
Quote dudaberhias 7-7-2021 03:47 PM
mesmerize replied at 7-7-2021 02:59 PM
apasal low quality sangat barang2 kat rumah dia? baru setahun kot pasang? rumah akak punya cabinet y ...

khennn.... iols bukan la nak side kontraktor sebab kontraktor memang ramai hazab2 n hauk je kerja theyols...

tapi kan rumah dia ni macam petanda tak bagus untuk didiami...

rumah iols dulu reno mula2 3 bulan siap dah boleh duduk
hasil kerja memang la tak memuaskan tapi tidak la seteruk rumah awal ni atau istana kokdiang yang katanya renovate dekat sejuta bagai nak roboh tu...
Quote mesmerize 7-7-2021 03:54 PM
dudaberhias replied at 7-7-2021 03:47 PM
khennn.... iols bukan la nak side kontraktor sebab kontraktor memang ramai hazab2 n hauk je kerja  ...

yg akak tak paham kenapa pulak bila takde orang duduk, cermin jatuh, cornice jatuh?
rumah akak pasang cermin gak kat bilik air, cornice kat plaster ceiling ruang tamu n ruang makan.. tahun lepas dah setahun tak balik sebab pkp, bila balik jenguk kejap akhir tahun ok je semua tak runtuh pun..
Quote Timortimur 7-7-2021 04:01 PM
tipahketipung replied at 7-7-2021 02:51 PM
Banyak sangat dugaan mamat ni.
Duit panas ke tuuu?
Kadang2 takde keberkatan sebab hasil dan sumber ...

Betul jgk apa you cakap
Duit panas kot
Quote Timortimur 7-7-2021 04:03 PM
sukacactus replied at 7-7-2021 02:54 PM
Cornish ke cornice
Cornish ni bkn mcm kaum cornish kat UK sana ke
Paling biasa dgr cornish pie

Penggunaan perkataan we glad @ we're glad mana satu yg betul?i bukan police grammar tapi nak belajar,  jgn slh sangka plk hehehe
Quote tipahketipung 7-7-2021 04:17 PM
Timortimur replied at 7-7-2021 08:01 AM
Betul jgk apa you cakap
Duit panas kot


Showbiz memang duit panas la dek!!
Aurat entah kemana, sponsor dan job  
datang dari company buat business apo la pulok?
Sebab tu orang cakap kalu nak bersedokah duit tu pastikan sumber yang betol2 bersih baru ada keberkatan.
Ada orang rumah papan idop tenang aman damai, ada orang rumah berjuta purak puranda satu family problem bertali arus cerai, musibah, tak tenteram….
Ada orang gaji 3-4 ribu  rasa cukup tapi ada orang duit berjuta masih rasa tak cukup ade jer lah x kena.
Pikior sendiri la kan kenapa….

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077739 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top