Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini. Rakaman itu diberi judul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk.’
Dalam klip video itu, kelihatan si suami enggan menandatangani surat nikah selepas ijab kabul selesai. Dia sebaliknya berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya. Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam. Insiden itu juga menyebabkan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan bergaduh. Keterangan yang disertakan bersama rakaman itu menyebut bahawa lelaki itu menikahi gadis yang sedang berbadan dua dan dia enggan bertanggungjawab.Bagaimanapun, dia tetap dipaksa untuk melangsungkan pernikahan tersebut.
Lelaki itu tetap hadir dalam majlis pernikahan itu dan menjalankan ijab kabul. Namun, dipercayai akibat diselubungi perasaan kecewa, dia terus menceraikan isterinya. “Hari ini, aku talak Yati,” katanya dalam bahasa Bima. Tersentak dengan perbuatan tersebut, keluarga pengantin perempuan langsung mengamuk dan bertindak menyerang lelaki itu. Apa yang berlaku seterusnya tidak dapat dipastikan kerana video itu berakhir dengan keduaa-dua keluarga bergaduh. Lokasi kejadian belum dapat dipastikan tetapi beberapa netizen berkata, insiden itu berlaku di Sumbawa, Kepulauan Sunda Kecil, manakala pengantin lelaki dikatakan berasal dari Kampung Kalampa dalam Kecamatan Woha. Sumber: Kosmo!
|
awanysss: rasanya masa aku kecik pernah dengar cerita camni.. tp kat malaysia.. nismilan kotsbb bapak pengantin ppuan mintak hantaran tinggi sgt, tanak nego.. l ...
pxlbb: Psycho juga laki tu. duit habis sbb dendam. Baik la guna modal cari keje kat europe dpt pulak awek kokesen independent tak minta hantaran
ADVERTISEMENT