Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta terpanggil untuk membantu golongan memerlukan dan terkesan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Hajatnya untuk menyalurkan bantuan itu disuarakan di Instagram miliknya dengan meminta sesiapa sahaja yang benar-benar memerlukan bantuan bolehlah memberi butiran di ruangan komen. "Insya-Allah saya juga terpanggil untuk menyalurkan bantuan di saat ramai berdepan kegetiran hidup saat ini. Kita sama sama bantu apa adanya. Moga ini menjadi asbab terbaik untuk terus membantu dan atas paksi kemanusian. "Dengan rendah hati, jika ada yang benar benar memerlukan bantuan.. blh komen dan tinggalkan butiran nama, alamat, kad pengenalan dan no ac bank", katanya.
Menurut Che Ta, pengikutnya yang berkemampuan juga boleh turut sama menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. "Mungkin ada follower2 saya yg berkemampuan dan baik hati dapat jugak membantu anda yg memerlukan." tambahnya lagi.
|
Nana_Man replied at 4-7-2021 10:09 AM
“Comments on this post have been limited”
masnona replied at 4-7-2021 11:56 AM
Xjuga. Masa kes rendang diskaun pun coment limited. Mmg die setting gitu kot
ADVERTISEMENT