"Bukan fikir viral, cuba terbaik bantu mana yang mampu." Deejay Suria FM, Sharifah Shahira di Ig Storynya menyatakan yang stesen radio tersebut memang berhasrat untuk menolong rakyat Malaysia dalam kesusahan. Hanya melalui segmen radio yang dikendalikannya serta rakan lain seperti Tyzo cuba mendekati permasalahan orang kebanyakkan. Ianya rentetan ciapan yang trending di Twitter mengenai Radio Suria FM adalah satu-satunya yang mengutarakan isu orang biasa. Bagi Shira sendiri, memang tujuan mereka mahu menolong pendengar sekadar yang termampu. Jika tidak dapat menyelesaikan masalah, menjadi pendengar pun sudah cukup bagi pengadu. Ianya turut dipersetujui oleh netizen lain yang memberi pandangan serupa bahawa radio tersebut lengkap dengan segmen keagamaan bersama PU Azman, tips keibubapaan, deejay yang tidak membuat lawak gelak sendiri dan seleksi lagu menarik. Yang penting kata mereka, tiada iklan yang hanya membuatkan pendengar menyampah. Jadi, eloklah ada stesen radio yang menyentuh isu sebegini. Kalau anda, stesen radio mana jadi pilihan hati? - CARI |
ADVERTISEMENT