CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tebalkan Muka Kibar Baju Sekolah Anak

2-7-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2787| Komen: 12

"Saya orang tua boleh sahaja makan pucuk kayu diambil tepi jalan tetapi bila memikirkan tiga anak tidak sampai hati dibuatnya," luah bapa tunggal tiga anak Yaakob Montel, 54, yang menggantung baju putih di hadapan rumahnya.


Dia yang bekerja sendiri sebagai pemandu lori terpaksa mengenepikan perasaan malu dengan berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya berusia antara sembilan hingga 17 tahun.



Katanya, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 awal Jun lalu dia tidak lagi dapat bekerja dan hampir terputus bekalan makanan.

"Saya ingatkan PKP 3.0 hanya sampai Isnin (28 Jun) jadi bolehlah keluar bekerja mencari duit belanja untuk makan anak-anak tetapi bila disambung ia menyebabkan saya seakan hilang arah.

"Minggu pertama serta kedua tidak bekerja boleh lagi saya menampung belanja dengan sedikit duit simpanan tetapi apabila masuk minggu ketiga dan berikutnya bekalan makanan semakin surut. Kami hanya makan nasi berlaukkan telur serta kicap selain memasak mee segera," katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Kebaya, Alor Gajah, semalam.


Yaakob berkata,dia berbuat demikian selepas terbaca di Facebook (FB) mengenai saranan menggantung bendera putih sekiranya memerlukan bantuan barangan keperluan.

"Pada Isnin malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur sebelum terbaca di Fb mengenai bendera putih itu.

"Sebenarnya bukan mudah untuk saya berbuat demikian tetapi apabila mengenangkan anak-anak, saya kemudian mengambil baju sekolah lama dan menggantungkan di luar pagar pagi keesokkannya," katanya.

Menurutnya, tindakan dilakukan itu bukan untuk meminta-minta atau ambil kesempatan sebaliknya hanya untuk mendapatkan keperluan makanan buat anak-anaknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orion_pax 2-7-2021 10:50 AM
Pakcik kena berdoa dan terus berdoa bukan kibar baju sekolah...pakcik kena ikut apa yg nik abduh cakap..kalau pakcik tak ikut, berdosaaaaaa tawwwwww
Quote monreyes 2-7-2021 11:04 AM
semoga ada yang membantu
Quote shernazz 2-7-2021 11:50 AM
Pwtang semalam.iols ada round kat taman sebelah sana..
Kot2.la.ada.yang m40 memerlukan bantuan
Tapi takdak
Hari ni.iols.round3 lagi petang nnt
Quote belacan_gurl 2-7-2021 11:57 AM
Kwn aku drebar lori gaji masyukkk oooo ..5 ribu dlm tangan tapi bersedia la balik rumah kdg2 ...tapi tu Lori kontena jerla ..Lori biasa aku xtau
Quote Tinot7 2-7-2021 12:01 PM
takde maklumat lagi lanjut psl pakcik nih ka?
harap2 ada yg membantu kat area dia..
Quote hotmak 2-7-2021 12:07 PM
kesiannya, yelah biasa org fikir anak je, diri sendiri takpe, harap cepat lah bantuan sampai
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:20 PM
semoga dipermudahkan
Quote tripleid 2-7-2021 12:59 PM
[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/1947294608782380[/fbp]
Quote dang_oniey 4-7-2021 02:35 PM
belacan_gurl replied at 2-7-2021 11:57 AM
Kwn aku drebar lori gaji masyukkk oooo ..5 ribu dlm tangan tapi bersedia la balik rumah kdg2 ...tapi ...



asben sy keja bwk lori kontena ..  sebelum ni mmg dpt 5k-lebih kalau keja pagi balik pagi  ... tp sejak lockdown ni kurang job katanya sbb kilang byk tutup . nak dpt 1 job sehari pun payah .. dan kami pjj .. sy di kg dia di KL
Quote I.K.A888990 4-7-2021 02:45 PM
pikir demi anak2 insyallah harap ada yg beri bantuan
Quote jazaa100 4-7-2021 02:48 PM
belacan_gurl replied at 2-7-2021 11:57 AM
Kwn aku drebar lori gaji masyukkk oooo ..5 ribu dlm tangan tapi bersedia la balik rumah kdg2 ...tapi ...

Klu bawak lori pasir, memang tak mkn lah skrg ni.....tak blh gerak
Quote Watermelon786 7-7-2021 09:31 PM
MALAYSIA BANTU (MyBantu)

Kepada warga Malaysia yang memerlukan bantuan keperluan asas akibat terjejas semasa pandemik, boleh mengisi borang ini (https://arcg.is/1mK5zn0) bagi tujuan bantuan dalam Kempen Malaysia Bantu (MyBantu), satu inisiatif daripada rakyat untuk rakyat. Semoga ianya dapat mempermudahkan rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin membantu sesama rakyat.

Tujuan borang ini dibuat adalah bagi membolehkan lokasi bantuan dapat diketahui dan bantuan terus dapat dilakukan oleh orang persendirian ataupun organisasi terlibat. Tiada maklumat peribadi yang disimpan, hanya lokasi rumah/kediaman yang memerlukan bantuan.

Bagi warga Malaysia yang ingin menyumbang ataupun menghulurkan bantuan, sila klik pautan ini (https://bit.ly/3qH04qu) bagi melihat peta lokasi bantuan-bantuan yang diperlukan. Peta ini dikemaskini secara real time. Bantuan boleh disampaikan secara terus kepada yang memerlukan.

#myBantu
FB: Malaysia BANTU - MyBantu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041726 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top