Baghdad: Seorang tukang masak maut selepas terjatuh dalam kawah sup ayam ketika sedang menyediakan juadah itu. Insiden itu berlaku ketika Issa Ismail, 25, menyediakan sup ayam untuk satu majlis perkahwinan di Zakho, Kurdistan pada 15 Jun lalu.
Ketika kejadian, bapa kepada tiga orang anak itu dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam kawah sup berkenaan. Portal Independent melaporkan ia menyebabkan badannya melecur tahap tiga dan meninggal dunia, lima hari kemudian. Dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Dohuk untuk mendapatkan rawatan. Selepas bertarung dengan luka akibat melecur yang teruk selama beberapa hari, Issa meninggal dunia pada 21 Jun. Kematiannya yang tragis diratapi netizen selepas berita mengenai insiden itu tersebar di media sosial. Agensi berita melaporkan, Issa sudah menjadi tukang masak selama lapan tahun. Rudaw Media Network melaporkan Issa mempunyai tiga orang anak dengan yang bongsu baru berusia enam bulan. "Allahyarham sebelum ini bekerja memasak makanan di pesta perkahwinan, majlis berkabung dan pelbagai acara lain. "Dalam tempoh dua tahun dia bekerja di dua tempat dengan gaji sebanyak 25,000 dinar (kira-kira RM71.20) sehari," kata seorang saudaranya Zervan Hosni kepada media tempatan. Dalam pada itu laporan Gulf News menyebut kematian Issa mengundang kepada desakan supaya keselamatan dan langkah pencegahan di restoran dan dapur di negara itu dipertingkatkan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:26 PM
ARab kalau buat kenduri membazir sehingga di benci Allah
darkness replied at 2-7-2021 02:41 PM
Kalau kenduri kahwin pakistan, tidak sah keliling badan kalau tiada emas. Arab pun pakai emas bany ...
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:44 PM
kalau kaya raya belikan emas pada tetamu wanita
kalau xkaya cuma beli gelang hiasan batu batu ...
darkness replied at 2-7-2021 02:49 PM
Patutlah dulu ada namanya arab jahilliah
ADVERTISEMENT