Sebuah majlis perbandaran di timur bandar raya Melbourne Australia memperkenalkan peraturan melarang kucing peliharaan daripada berkeliaran di luar kediaman pemilik haiwan itu mulai Oktober depan.
Majlis Perbandaran Knox itu memperkenalkan peraturan tersebut bagi melindungi haiwan-haiwan liar seperti burung lain daripada menjadi mangsa terkaman kucing. Menurut portal berita 7News, penduduk di dalam kawasan majlis perbandaran tersebut akan menerima amaran pertama terlebih dahulu sebelum didenda kerana membiarkan kucing peliharaan mereka berkeliaran di luar pekarangan rumah. Selepas amaran pertama diberikan, pemilik kucing yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda sebanyak A$91 (RM283). Jika melanggar peraturan tersebut buat kali kedua, pemilik kucing itu akan didenda sebanyak A$545 (RM1,695).
Seorang pakar ekologi di Universiti La Trobe di Australia, Dr. Jim Radford menyambut baik pelaksanaan larangan tersebut. Katanya, kucing-kucing peliharaan merupakan masalah paling besar buat haiwan-haiwan liar lain. Beliau dilaporkan berkata, larangan itu membolehkan hidupan liar seperti burung dan kelawar dilindungi daripada ancaman kucing tersebut. Sumber: Sinar Harian
|
SayaSayangMama replied at 2-7-2021 10:47 AM
Wow yessss. Klu kt malaysia ni kucing peliharaan ni la diagung agungkan. Ibarat tuhan ng semua binat ...
SayaSayangMama replied at 2-7-2021 10:47 AM
Wow yessss. Klu kt malaysia ni kucing peliharaan ni la diagung agungkan. Ibarat tuhan ng semua binat ...
samperit replied at 2-7-2021 05:18 PM
awat? ada masalah dgn kucing ke? kucing pernah tinggalkan ang? ke kucing rejek ang?
st ...
berusjamban replied at 2-7-2021 11:22 AM
Suka sgt meow2 kat Melbourne. Tembam2 fluffy jah walaupun kucing rumah biasa. Tapi susah la nak jump ...
SayaSayangMama replied at 3-7-2021 03:48 AM
Pastu setiap ada cek, hang mesti menggelupur nk reply wakakakaka. Penting sgt komen iols di mata u ...
samperit replied at 3-7-2021 11:55 AM
komen ang x penting tapi jijik tgk nickname konon sayang
lain kali tukar nickname sayasun ...
ADVERTISEMENT