CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Kerana Tak Sengaja Hina Islam

2-7-2021 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1840| Komen: 10

Seorang wanita memegang kerakyatan Maghribi dan Itali dihukum penjara tiga tahun dan enam bulan dan didenda hampir AS$6,000 (RM24,933) di sebuah mahkamah di Maghribi kerana menghina Islam secara tidak sengaja, kata bapanya pada Rabu.


Menurut portal berita Morocco World News, dia dituduh menyiarkan ayat daripada kitab al-Quran yang dipinda bagi memuji penggunaan alkohol di laman Facebook pada tahun 2019.


Kredit foto: The Sun

Wanita berumur 23 tahun itu ditangkap pada awal bulan lalu di sebuah lapangan terbang di negara tersebut ketika dia tiba dari Perancis.

Menurut AFP, bapanya berkata, anaknya itu tidak mengetahui bahawa dia merupakan individu yang akan ditangkap menerusi satu waran tangkap.

Bapanya berkata, wanita berkenaan berkongsi di laman Facebook tentang satu ayat daripada kitab al-Quran tanpa mengetahui kandungannya kerana dia tidak fasih berbahasa Arab.


Dalam pada itu, bapa wanita itu meminta supaya nama dia dan anaknya tidak didedahkan.

Keluarganya akan membuat rayuan ekoran hukuman tersebut.

Artikel 267 penal kod Maghribi menetapkan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun dilaksanakan kerana kesalahan menghina Islam.

Namun, hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun akan dijatuhkan jika kesalahan menghina Islam dilakukan secara terbuka termasuk dengan menggunakan platform elektronik. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orion_pax 2-7-2021 10:22 AM
Kalau tak pasti dan tak tahu makna, jangan kongsi taww..tak pasal2 masuk dalammmm
Quote Tinot7 2-7-2021 10:24 AM
lengkali, kalau tak tau, baik jgn share..

Bapanya berkata, wanita berkenaan berkongsi di laman Facebook tentang satu ayat daripada kitab al-Quran tanpa mengetahui kandungannya kerana dia tidak fasih berbahasa Arab.
Quote Skuau 2-7-2021 10:31 AM
orion_pax replied at 2-7-2021 10:22 AM
Kalau tak pasti dan tak tahu makna, jangan kongsi taww..tak pasal2 masuk dalammmm

ckp psl 'benda menghina' ni....canna 'budak lembam'(orng ckp la)yg kena pukul aritu...dh bawa mahkamah???
Quote orion_pax 2-7-2021 10:38 AM
Tak pasti pulak yg tu bang skuau..yg dihighlite hanya pembebasan reman rider foodpanda jaa..
Quote imanjannah 2-7-2021 10:40 AM
ambil ibrah, jgn dok claim x tahu.. agama.. budaya org lain
Quote reen8601 2-7-2021 12:11 PM
tak tahu sahih ke tak jangan share
Quote twins 2-7-2021 12:18 PM
kat negara luar.. tak sengaja pun kena hukum... kat mesia ni.. dengan sengaja.. berusaha buat video bagai kutuk & hina Islam.... ok jerrrr..... takat netizen jer pungpang2 tp xder mender punnnn....
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:33 PM


hmmmm
Quote isbritneybich 2-7-2021 05:00 PM
menggelupuh nak share bagai kan dah cash. ok la tu boleh belajar dari kesilapan
Quote sekngucing 2-7-2021 05:06 PM
hina islam. kena penjara? yg terasa tu siapa.. tuhan ke atau penganut?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039404 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top