Umum mengetahui pendakwah kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew (UEL) baru sahaja dapat memasuki perkarangan Palestin setelah hampir sebulan menantikan peluang tersebut bagi meneruskan Misi Bantuan Kecemasan Gaza Palestin untuk menyampaikan sumbangan serta bantuan kecemasan akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.
Terbaru, UEL memuat naik perkembangan terkini di seluruh platform media sosialnya mengenai keberadaannya di sana yang sedang bergiat aktif memberikan bantuan kepada kanak-kanak dan beberapa keluarga yang terkesan di sana. Menurut UEL, dia berasa sebak apabila melihat beberapa kawasan di Palestin yang habis musnah akibat serangan bom bertubi-tubi kepada mereka. Loading FB Post...
Loading FB Post... Loading FB Post... Tidak dinafikan lagi, nama UEL amat dikenali di seluruh Malaysia dek kerana sikap prihatin UEL yang sering menjadi ‘wira’ negara yang sering menghulurkan bantuan kecemasan apabila tular kes mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Melihat keadaan semasa tanah air yang semakin terhimpit akibat pandemik COVID-19, ramai rakyat Malaysia yang bimbang dengan tekanan dihadapi segelintir rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini sehingga muncul inisiatif kempen rakyat iaitu ‘Kempen Bendera Putih’. Lebih menarik perhatian apabila tinjauan di ruangan komen posting UEL di Twitter mendapati ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyeru belas kasihan ihsan daripada UEL untuk pulang semula ke Malaysia dan melihat keadaan semasa rakyat yang semakin terdesak dan terkesan akibat pandemik ini. Menurut mereka, kes bunuh diri semakin tidak terkawal dan mereka mengharapkan UEL untuk kembali ke Malaysia bagi memberikan bantuan kepada mereka yang menaikkan bendera putih. Meninjau di ruangan komen posting UEL di Twitter, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan UEL agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan sihat di Palestin. Mereka juga berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai insan yang mulia dan ikhlas dalam membantu nasib saudara Islam yang amat terkesan akibat serangan Israel kepada Palestin. Bagaimanapun, tanggungjawab UEL masih perlu diteruskan di Palestin kerana insan hebat seperti UEL ini tidak akan mengabaikan janji beliau untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Sumber: KoolFM
|
mawarkhayalan99 replied at 1-7-2021 08:06 AM
memang ayat permulaan posting kena ada "sebak sayu" ke. iolss tanya jahhhh
ADVERTISEMENT