"Sejak umur meningkat 30an ni kerap sangat kena bisul..pernah sampai kena tahan wad operation." Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali menerusi laman Instagramnya memberitahu yang dia sukar melakukan aktiviti harian kerana kerap mendapat bisul. Sebelum ini, dia pernah mendapat bisul besar sehingga terpaksa di bedah, baru pulih. Firasatnya, itu adalah bisul terakhir yang terpaksa dihadapinya, namun beberapa hari kemudian, dia terpaksa menerima ujian sekali lagi apabila bisul besar muncul di kaki, ketiak dan peha sehingga menyukarkannya untuk bekerja.
Menurutnya lagi, dia buntu apabila kerap mendapat penyakit itu dan ada pendapat menyatakan mungkin kerana dia suka menikmati makanan laut atau pun darahnya kotor. "Entah la..sesiapa yang tau atau ada pengalaman macam saya
boleh tolong share tak..macam mana nak rawat atau cara supaya tak kena dah
bisul ni..tak tahan dah." Suami kepada pelakon Shakila Koriri ini pernah dimasukkan hospital kerana mengalami demam panas akibat bisul (jang Andkitan kuman). Menerusi laporan portal Mstar, Fizi akan mencuba rawatan bekam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berjumpa doktor. "Saya ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan. Kalau makin teruk, saya akan ke hospital dan mungkin buat pemeriksaan penuh." Pengikutnya di Instagram turut memberikan beberapa petua seperti letak tahi hidung pada bisul, ludah dan pelbagai lagi idea pelik. Anda ada pengalaman dinaiki bisul? Kongsikan dengan kami. - CARI |
KucingBiru replied at 1-7-2021 03:15 PM
Bisul ni selalu sebab infection dalam darah, buang satu tempat, next keluar lagi tempat lain.
Cer ...
KucingBiru replied at 1-7-2021 03:15 PM
Bisul ni selalu sebab infection dalam darah, buang satu tempat, next keluar lagi tempat lain.
Cer ...
ADVERTISEMENT