Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, memberikan ganti rugi lebih RM1.5 juta kepada keluarga tiga lelaki termasuk remaja yang mati ditembak polis 11 tahun lalu.
Hakim Datuk Khadijah Idris membuat keputusan itu, semalam setelah membenarkan rayuan keluarga lelaki terbabit iaitu Muhammad Shamil Shapiei, Mohd Hairul Nizam Tuah dan Muhamad Hanafi Omar. Peguam Zaid Malek yang mewakili keluarga itu memberitahu pemberita melalui pesanan WhatsApp hari ini, bahawa Hakim Khadijah membenarkan rayuan keluarga tersebut untuk mengetepikan keputusan pendaftar Mahkamah Tinggi, yang memberikan award RM207,000 kepada keluarga ketiga-tiga si mati. "Keluarga itu yang tidak berpuas hati dengan jumlah berkenaan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (di hadapan hakim) agar ganti rugi dinilai semula dan sejumlah RM1,519,200 diberikan semalam," katanya. Pada 11 Ogos 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Rozana Ali Yusoff membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan. Namun pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan yang dikemukakan keluarga ketiga-tiga lelaki itu dan memutuskan polis bertanggungjawab ke atas tembakan yang meragut nyawa mereka dan memerintahkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian di hadapan pendaftar. Zaid berharap Jabatan Peguam Negara tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu supaya kes dapat menemui titik noktah. "Kami juga meminta kerajaan dan polis agar segera mengambil tindakan disiplin dan jenayah terhadap anggota polis yang bertanggungjawab atas perbuatan itu," kata peguam itu. Beliau berkata, daripada award berjumlah RM1,519,299 itu, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi ganti rugi am, misfeasans awam,ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sementara RM11,200 lagi tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul Nizam dan RM8,000 untuk keluarga Muhamad Hanafi. "Setelah hampir 11 tahun, keluarga mangsa tembakan Glenmarie akhirnya menerima keadilan atas trauma dan kerugian yang mereka alami akibat tindakan polis," katanya. Saman berhubung dakwaan serangan, memukul dan kecuaian itu difailkan terhadap polis dan kerajaan oleh keluarga Muhammad Shamil, Mohd Hairul Nizam dan Muhamad Hanafi, yang dilaporkan ditembak oleh polis bertugas di Glenmarie, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 13 November 2010. Ketika kejadian Muhammad Shamil berumur 15 tahun, Mohd Hairul 20, dan Muhamad Hanafi Omar, 22. Keluarga itu sebagai plaintif juga menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang belum dikenal pasti sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif, antara lain mendakwa ketiga-tiga remaja itu meninggal dunia akibat tindakan polis dan tanpa justifikasi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
batu kikir replied at 1-7-2021 12:02 PM
Aku bukan nak menangkan sesiapa lah
Kalau dah lebih 12 tengahmalam....bawa kereta mencurigakan..... ...
batu kikir replied at 1-7-2021 12:02 PM
Aku bukan nak menangkan sesiapa lah
Kalau dah lebih 12 tengahmalam....bawa kereta mencurigakan..... ...
irish_ieka replied at 1-7-2021 12:33 PM
mksudnye depa merompak? cmtu nnt lepas ni ramai la sanggup gi merompak then bile kene tembak keluarg ...
ADVERTISEMENT