CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Afrika Selatan Cadang Benarkan Wanita Boleh Kahwin Lebih Daripada Satu

30-6-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9731| Komen: 43

CAPETOWN, Afrika Selatan –  Kerajaan Afrika Selatan mengemukakan cadangan penuh kontroversi untuk membenarkan wanita negara berkenaan mengamalkan poliandri, lapor akhbar Daily Mail, semalam.


Usul untuk meluluskan perkahwinan wanita dengan  lebih daripada  seorang lelaki pada sesuatu masa itu adalah  sebahagian daripada rancangan menyusun semula Akta Perkahwinan Afrika Selatan.

Seorang usahawan dan personaliti televisyen, Musa Mseleku yang memiliki empat isteri merupakan antara warga Afrika Selatan yang menentang keras idea tersebut.

Mseleku, Foto: Agensi

“Kelulusan ini akan menghancurkan adat dan budaya tempatan. 

“Wanita tidak boleh mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Adakah selepas ini wanita perlu membayar mas kahwin dan lelaki pelu menggunakan nama keluarga isteri?” soalnya.


Tambah Mseleku, dia tidak mahu berdiam diri dalam hal tersebut  dan membiarkan akta baharu itu menghancurkan masyarakat Afrika Selatan.

Pemimpin pembangkang daripada  Parti Demokratik Kristian Afrika (ACDP), Kenneth Meshoe berkata, undang-undang yang dicadangkan itu akan menghancurkan masyarakat jika hak berpoligami turut diberikan kepada wanita.

Ahli akademik tempatan, Profesor Collis Machoko pula memberitahu bahawa  masyarakat Afrika tidak bersedia untuk persamaan hak tersebut. 

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wanita yang kami tidak boleh kawal,” katanya.

Pada masa ini, undang-undang Afrika Selatan mengizinkan seorang lelaki untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri dan aktivis hak gender meminta kerajaan menggubal undang-undang poligami demi kesetaraan gender. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 29-6-2021 03:42 PM
so anak nanti bapaknya siapa?

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wanita yang kami tidak boleh kawal,” katanya.
wanita jua salah
Quote JohnyEnglish 29-6-2021 03:44 PM
gekkou replied at 29-6-2021 03:42 PM
so anak nanti bapaknya siapa?

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wanita yang kami  ...

kalau saiz nalla ape salah kongsi
-acik forumner
Quote makadek 29-6-2021 03:47 PM
Asal bdn wanita afrika slurp2 gelap2 diorg nampak yummy mcm kuat kongkek
Quote Trumpettt 29-6-2021 03:57 PM
Konpius anak anak....
Quote ellejo 29-6-2021 04:05 PM
kenapa nak konfius? benda mudah. jadi matriarch la. surname anak2 yg lahir adopt surname si pempuan. dah terang2 anak yg lahir akan datang dari si lelaki2 tersebut.

lelaki2 tersebut perlu menerima anak yg lahir tu anak mereka jua
seperti mana konsep lelaki banyak isteri.

ko terbalikkan je patriarki jadi matriarki.





Quote KIM.K 29-6-2021 04:11 PM
iols citizen afrika taktau pun semua ni
Quote besi_kelabu 29-6-2021 04:15 PM
amboii....mselaku..ko sendiri pun bini 4, ppompuan nak kawin ramai ko tak bagi eh. kalo ko tak boleh kawal pompuan tu maksudnya ada laki lain yang boleh kawal dia..
Quote Minami2013 29-6-2021 04:21 PM
Kalo anak ikut muka bapak ok lah.. tak yah check dna
Quote sharlenetexas 29-6-2021 04:48 PM
Ada kuota bilangan suami?
Quote krustykrab 29-6-2021 05:10 PM
Untung pompuan aprika, suami 4 org wajib keje tanggung dia dan anak2 hahaha
Suami kna bersaing la utk dptkn perhatian isteri, mesti akn ada kes cemburu, pukul memukul nanti kahkahkah
Quote Supersirap 29-6-2021 05:34 PM
Baguslah jika perkara itu tidak mendatangkan apa-apa kesalahan sivil, tetapi hanya untuk non muslim sahaja ya
Quote whimsicalmusic 29-6-2021 06:55 PM
Jap kalo laki blh kawin lebih dr sorg pastu gomen bg ppuan kawen lebih 1 jgk..if bini die kawen ngn laki lain die kira bermadu la?pastu madu ppuan tu ngn laki die yg lain kira mcm mana? Cuba kalo cycle tu xputus2..gila
Quote sekngucing 29-6-2021 07:03 PM
di nepal lama dah amal
Quote dua_chzy 29-6-2021 07:06 PM
Kat tanahair pun galak saja golongan swingers berkongsi bini dengan jantan laen ka. Kesah la kau ahli sorga ka bakal kayu api nuraka ka. Seperti bermadu laki jua la.
Quote dua_chzy 29-6-2021 07:08 PM
Seluruh manusia bumi moden, hada DNA Aafrika.
Quote dani-rox 29-6-2021 07:11 PM
takut tak tahu siapa punya anak dlm perot, ujian dna kan ada... apa susah
ataupun kalau nak senang, somi pertama ko asian, 2nd negro, 3rd kokesen, 4th oceania dsb





Quote CatMiow 29-6-2021 07:11 PM
Supersirap replied at 29-6-2021 05:34 PM
Baguslah jika perkara itu tidak mendatangkan apa-apa kesalahan sivil, tetapi hanya untuk non muslim  ...

Agama lain pun menentang.
Quote jiwasemangat 29-6-2021 07:15 PM
Kenapa African minat awexx dgn BMI > 30. Herann..? Kalau Mat Soleh pulak minat cekeding la pulak
Quote ciklahcuteII 29-6-2021 07:45 PM
dani-rox replied at 29-6-2021 07:11 PM
takut tak tahu siapa punya anak dlm perot, ujian dna kan ada... apa susah  
ataupun kalau nak  ...

khijoae apo jjalae mace tu.. sakit belikat..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.431036 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top