Pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang pelakon wanita yang menjaja cerita buruk apa yang berlaku di lokasi penggambaran menerusi aplikasi TikTok.
Enggan mendedahkan identiti aktres itu, Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata tindakan individu tersebut seperti membuka aib keluarga sendiri. Malah, perkongsian aktres itu membuatkan industri seni kelihatan terlalu buruk sehingga menambahkan lagi kebencian netizen terhadap golongan selebriti. "Tujuan saya muat naik perkongsian itu bukan nak marah dia tapi sebagai teguran. Saya tak nak sebut nama dia sebab kalau saya dedah, saya dengan dia sama saja.
"Dalam keadaan sekarang ini, ramai orang tertekan... sehingga ada yang maki pemimpin, ulama dan golongan industri juga menjadi kebencian orang. Apa yang dia buat itu seperti dedah aib keluarga sendiri. "Saya rasa sedih dan kecewa apabila artis sendiri yang menjaja cerita buruk rakan seindustri. Dia menunjukkan betapa kotornya industri dan memburukkan lagi dunia seni," kata Shahrulezad ketika dihubungi mStar. Terdahulu, pengarah drama Nur itu memuat naik status menegur sikap pelakon wanita yang gemar berkongsi kisah buruk di set penggambaran menerusi aplikasi TikTok.
|
fealefea replied at 29-6-2021 04:59 PM
nk berapa byk mangsa jenayah dan buli dalam industri harus didiamkan demi job. tak de platform utk ...
sukacactus replied at 29-6-2021 05:01 PM
Dia kata kat andrea abdullah tu ke
sukacactus replied at 29-6-2021 05:01 PM
Dia kata kat andrea abdullah tu ke
exclusive_vvip replied at 29-6-2021 05:50 PM
kesah plak ko psl ‘tutup periuk nasi’...baru ni ko mengata gak sesama org industri psl drama makci ...
EvieWanKenobi replied at 29-6-2021 05:22 PM
andrea abdullah tu anne abdullah ke, sis?
nuril86 replied at 29-6-2021 06:40 PM
yess.... akhirnya ade jugak yg bukak tred ini....kat youtube si adrea ni ade share mcm2 cerita... b ...
ADVERTISEMENT