SIAPA yang tidak mengenali Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) yang cukup tersohor dengan lakonan mantapnya menerusi filem-filem yang pecah panggung. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995), Dil To Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998) dan Kabhi Khushi Kabhie Gham, merupakan antara filem pecah panggung lakonannya. Bagaimanapun, bagi SRK filem ketiga lakonannya, Baazigar (1993), merupakan filem yang paling bermakna dan tidak dapat dilupakannya. Membintangi filem itu di samping Kajol dan Shilpa Shetty, SRK memberitahu, filem ini memberikan nilai sentimental yang sangat tinggi dalam dirinya. "Sampai sekarang, saya masih lagi mengingati dialog dalam filem tersebut dan banyak pengalaman yang tidak dapat saya lupakan," katanya. Dalam perkembangan terbaru, SRK bakal membintangi filem arahan rakan baiknya, Farah Khan, berjudul Happy New Year di samping Deepika Padukone.
|
ADVERTISEMENT