Selebriti Wardina Saffiyah yang kini menetap di Australia berkongsi cara kerajaan negara itu membendung penularan wabak Covid-19. Menerusi perkongsian bersama ahli politik Anfaal Saari, Wardina memberitahu kerajaan Australia tidak mengenakan 'lockdown' dalam tempoh yang panjang.
"Kita orang tiada 'lockdown' lama-lama. Apabila kita melakukan 'lockdown' yang betul dan mampu mengawal kes, kita boleh kembali menjalankan rutin harian seperti biasa. "Bagaimana kami berjaya adalah apabila virus terbabit dikekang sebelum ia merebak. Sebab kalau dah terlalu banyak yang terjangkit, memang tidak boleh buat apa," katanya. Wardina bagaimanapun menegaskan orang ramai tidak seharusnya membandingkan negara terbabit dan Malaysia. "Mereka mampu. Mereka mewujudkan pakej stimulus sekitar AUS$130 bilion.
"Setiap dua minggu, orang yang hilang kerja akan menerima wang daripada kerajaan. Bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan "Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Marisson turut bekerjasama dengan parti pembangkang untuk membendung Covid-19," katanya. Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag replied at 28-6-2021 01:27 PM
apsal x pindah duk acheh sana?
ko kan bangga kan ada dna acheh
apsal nk bangga dgn dna bekas bandu ...
cmf_premierleag replied at 28-6-2021 01:27 PM
apsal x pindah duk acheh sana?
ko kan bangga kan ada dna acheh
apsal nk bangga dgn dna bekas bandu ...
PEPPERMAN replied at 28-6-2021 02:59 PM
Dalam keadaan strategi negara kita masih tak menentu, ada elok juga baca kisah dan pengalaman negara ...
menjad replied at 28-6-2021 03:43 PM
'kami'... Maksud nya dah jadi rakyat sana ker... Tolong la jgn kutuk negara sendiri sedangkn ko xder ...
ADVERTISEMENT