CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar Tertukar Sejak 20 Tahun Lepas -"Ayah Jatuh Sakit Apabila Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya"

28-6-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39624| Komen: 259

Kuala Lumpur: Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin 'tertukar' ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu.


Tambahan lagi, 'ayah' yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada November tahun lalu, selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada September 2019 yang mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

Bagi Noratirah, ujian yang terpaksa ditanggung oleh 'ayahnya' itu amat berat dan kesedihan yang dialami bertimpa-timpa kerana ia terjadi tidak sampai dua tahun selepas pemergian 'ibunya' Rahmah Isa, yang meninggal dunia pada 2018 akibat kencing manis serta dua lagi saudaranya dalam tempoh itu.

Foto: Harian Metro


"Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung.

"Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklumkan hal keputusan ini (DNA), jadi saya buka pembesar suara telefon supaya adik-beradik lain dan arwah ayah (Husin) pun dapat dengar apa yang mama ingin sampaikan," katanya kepada Bernama.

Katanya, selepas dimaklumkan keputusan itu, arwah ayah terus menangis dan secara tiba-tiba dia mengadu sakit dada sambil menzahirkan rasa bimbang hendak melepaskannya memandangkan dia adalah anak bongsu daripada 12 beradik yang tidak pernah berpisah dengan keluarga.

Noratirah berkata, arwah ayahnya turut meluahkan perasaan terkilan kerana dia tidak dapat berjumpa dengan bapa kandungnya Ibeni Yanin Mohd Salleh yang meninggal dunia lebih awal (2009) dan begitu juga dengan Adryana Iwani yang tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya Rahmah Isa (meninggal dunia 2018).

Noratirah yang sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Kota Bharu berkata, dia kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas 'ayahnya' (Husin) meninggal dunia ditambah lagi adik-beradik lain sudah berkeluarga.

"Walaupun saya telah tinggal dengan mama, tapi kami adik-beradik sebelah ayah (Husin) tetap berhubung, kalau ada masa hujung minggu akan berkumpul di rumah ayah, tapi disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kini, kami bertanya khabar antara satu sama lain melalui telefon sahaja," katanya.

Adryani Iwani Ibeni Yanin pula menceritakan ibunya, Siti Aminah terduduk dan hanya mampu menangis apabila mengetahui bahawa Adryana Iwani tertukar dan bukan anak kandungnya.

Menurut Adryani Iwani, sebaik ibunya menerima keputusan DNA berhubung kedudukan 'kembarnya' itu pada September, perasaan ibunya tidak tenteram kerana bimbang perkara itu akan mengganggu psikologi 'anaknya' itu.

"Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Ana (panggilan untuk Adryana Iwani) tahu. Mama bagi tau, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Dia enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.

"Ketika itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati," katanya.

Sementara itu, Adryana Iwani yang tertukar dalam kejadian itu menzahirkan perasaan sedih kerana hanya sempat mengenali ayah kandungnya (Husin) itu kira-kira dua bulan sebelum meninggal dunia.

"Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita," luahnya yang mengakui gred purata nilai kumulatif (CGPA) pengajiannya turut terjejas akibat kejadian itu.

Ditanya bagaimana dia berdepan situasi getir itu, mahasiswa Pentadbiran Korporat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, dia tidak mahu melihat 'ibunya' susah hati mengenangkan dirinya sekiranya melihat dia asyik menangis memikir perkara yang sudah terjadi.

Mengenai perkenalan dengan arwah ayahnya dalam masa yang singkat, Adryana Iwani berkata, dia sendiri dapat merasai 'aura' bapa kandungnya selepas kali pertama berjumpa.

"Pada kali pertama berjumpa, perasaan saya itu bercampur baur, seronok pun ada dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tidak boleh terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah antara anak kesayangannya.

"Tapi saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik sendiri dan keluarga pun semakin bertambah besar," katanya yang sempat menerima cincin daripada ayahnya dan meninggalkan pesan untuk terus hormat kepada keluarga yang membesarkannya terutama 'ibunya', Siti Aminah. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 27-6-2021 11:25 AM
mungkin nurse yg wat mistake tu masih kije, xpencen lg..
Quote ketupatnasi 27-6-2021 11:29 AM
Trauma. Mujur kembar seiras..klu kembar tak seiras mmg la tak trigger.
Hopefully both puteri yg ditukar neh disusukan 'mak' masing2 masa kecik..
Quote jazaa100 27-6-2021 11:31 AM
Kecuaian yg tak blh di maafkn
Quote CiliPadiSedap 27-6-2021 11:33 AM
kasihan jadi mangsa keadaan, kalau tahu cmni blh depress. nasib baik mak ayah baru ni orang baik.  
Quote selipar_hijau 27-6-2021 11:38 AM
Fuh mau kemurungan yg tengah2 tu
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 11:38 AM
lepas lahir tu kena dah ada prosedur DNA kang takut sistem barter masing2 tanpa sedar
Quote SweetRehan 27-6-2021 11:39 AM
X dpt bygkan perasaan Ibu yg menyangka itu anaknya rupanya anak org lain....
Quote Artemesiaa 27-6-2021 11:41 AM
Kesian semua atas kecuaian orang lain
Quote TOPwind 27-6-2021 11:42 AM
ketupatnasi replied at 27-6-2021 11:29 AM
Trauma. Mujur kembar seiras..klu kembar tak seiras mmg la tak trigger.
Hopefully both puteri yg di ...

jika lelaki pompuan kembar dah jatuh cinta- dan kahwin dpt anak kembar (drama akan datang)
Quote supernaturalee 27-6-2021 11:42 AM
Speechless ya

Btl lh ada yg kata kes tertukar bayi yg br2 ni tertukar bkn kes pertama

That's why iols pnh terpk yg ada adik beradik muka lain sgt dgn yg lain tp dr mak dan bapa yg sm
Blh jd mcm kes ni

Ade yg nk buat DNA test x lps ni


Quote batu kikir 27-6-2021 11:44 AM
Harap Adryana dan Noratirah anggaplah perkara ini sebagai takdir dan patut merasa gembira kerana mempunyai 2 keluarga yang menyayangi kalian masing2. Lihat secara positif daripada merintih dan mengeluh mengenang perkara yang sudah berlaku.
Quote bakingsoda 27-6-2021 11:52 AM
adryana tu kesian tak pernah jumpa ibu kandung pastu ayah kandung pula meninggal
Quote mejaputih 27-6-2021 11:52 AM
tragis betul... yes, both must see the positive notes..maybe ada hikmah di sebaliknya..
sng ke nk menang saman sbb kes lama gile nk carik org yg bertugas pun ntah2 dah takde. nk kata kecuaian hospital , more to human error ni.
Quote CiliPadiSedap 27-6-2021 12:03 PM
kalau anak lahir pakai barcode ok tak? lepas tu barcode terus install dalam handphone mak masing2 keluar je dari ibu terus pasang tag barcode , tag gelang pasang juga.

kalau cara barcode juga boleh tertukar anak mmg cuai sangat ni.
Quote nazzse 27-6-2021 12:05 PM
Aku plak stress baca ni. Jauh beza muka tu walaupun tak seiras. At least tak seiras ni ada nampak nak sama walaupun sikit. Kesian yg tengah tu, dah la tak sempat jumpa mak kandung, bila dpt tahu ayah plak meninggal.

Tolong saman kaw2 sepital tersebut. Kesilapan bodoh org panggil.
Quote sfrnna 27-6-2021 12:05 PM
Lama jugak kan. Tapi akhirnya berjumpa. Agak2 kat luar sana ada tak yg macam ni jugak. Tp tak tau je
Quote babynina30 27-6-2021 12:05 PM
batu kikir replied at 27-6-2021 11:44 AM
Harap Adryana dan Noratirah anggaplah perkara ini sebagai takdir dan patut merasa gembira kerana mem ...

Tp nk pupuk sayang yg baru takkan sama dgn yg dh dibela dr bby
Quote zehra2 27-6-2021 12:07 PM
boleh saman ke sbb dah 20 tahun. tp dlm Islam lagi laa rumit.

isu mahram. isu wali...
Quote R2D2 27-6-2021 12:07 PM
Ringkasan kes

Keluarga 1 (keluarga kandung)
Ibu Siti Aminah Ismail, 66,
Bapa  Ibeni Yanin Mohd Salleh
Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, kembar. dilahirkan pada 1.34 pagi
Adryana Iwani, 20, tertukar dilahirkan pada 1.27 pagi

Keluarga 2
Ibu Rahmah Isa (meninggal dunia 2018)
‘bapa’ Noratirah, Husin Omar (meninggal dunia Nov 2020)
Noratirah Husin, 20, kembar. tertukar.dilahirkan pada 1.14 pagi

ujian DNA Sept 2020

Lihat semua komen(259)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081246 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top